Monday, December 23, 2013

Rakyat terbeban kos hidup tanpa kenaikan gaji

Kerajaan Malaysia telah mengumumkan bantuan kewangan kepada individu yang berkelayakan dikenali sebagai BR1M. Saya secara peribadi menyokong segala bentuk usaha yang mendatangkan manfaat dan kebaikan berterusan kepada rakyat.

Namun saya berpandangan, kerajaan sewajarnya melihat pemberian ini tidak akan mampu menyelesaikan masalah rakyat yang dihimpit dengan pelbagai kenaikan harga keperluan. Kenaikan kos yang mendadak ini tanpa berlakunya kenaikan gaji , menjadikan kehidupan mereka lebih terdesak.

Sekalipun pelbagai alasan dan hujah diberikan oleh kerajaan bagi menyokong segala kenaikan kos, ianya tetap tidak mampu diterima oleh rakyat. Mereka terus terbeban sedangkan kerajaan masih membiarkan keborosan dan ketirisan berlaku dalam perbelanjaan negara.

Saya juga ingin berpesan kepada kerajaan agar mengingati semula pelbagai janji dan tawaran semasa PRU 13. Jangan menyalahkan rakyat yang menuntut janji janji tersebut untuk ditunaikan. Ianya merupakan tanggungjawab yang perlu kerajaan laksanakan kerana Nabi SAW pernah menyebutkan bahawa janji itu adalah seperti hutang.

Ihklas dari saya,
YB Ustaz Mohd Zawawi Abu Hassan
ADUN Gunong Semanggol

6 comments:

Advertise