Thursday, December 12, 2013

Bantuan banjir: Tindakan kerajaan Kelantan wajar dicontohi

IPOH: Sikap keprihatinan Kerajaan Negeri Kelantan menyumbang bantuan sejumlah RM50,000 kepada mangsa banjir wajar dicontohi oleh semua kerajaan negeri.

Adun Gunong Semanggol, Ustaz Zawawi Hassan berkata, beliau mencadangkan seluruh Menteri Besar dan Ketua Menteri agar mengambil pendekatan yang sama, sejajar dengan semangat ukhuwwah dan persaudaraan yang amat ditekankan oleh Islam. 

"Sikap peduli terhadap mangsa mangsa banjir ini diharapkan dapat meringankan beban dan ujian yang sedang ditanggung oleh mereka.

"Semoga dengan usaha dan kesungguhan kita semua menghulurkan bantuan, diterima sebagai amalan yang mulia dan diganjarkan dengan selayaknya," katanya dalam satu kenyataan ringkas.

Sebelum ini Menteri Besar Kelantan, Dato' Ahmad Bin Yakob mengisytiharkan bantuan sejumlah RM50,000 bagi membiayai misi bantuan kepada mangsa banjir.

Dalam pada itu, Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Perak telah menyumbang sebanyak 500 kampit beras dan 100 kotak air mineral kepada mangsa banjir di Kemaman dan Kuantan.

Penyerahan bantuan itu diketuai oleh pengerusinya, Beh Heng Kin bersama ahli jawatankuasanya.

Sumbangan tersebut bagi bersama-sama mengurangkan nasib mangsa banjir disana yang sangat memerlukan bantuan khususnya dari segi makanan. 

Ustaz Zawawi Hassan bersama Beh Heng Kin turut bersama-sama bergotong royong membuat persiapan penghantaran bantuan tersebut di Bagan Serai.

4 comments:

Advertise