Wednesday, November 13, 2013

Pak Rahim dinobat Ikon Anak Muda

Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Perak kali ke-30 yang diadakan pada 3 November lalu telah menobatkan aktivis parti, Abdul Rahim Abdul Shukur sebagai Ikon Anak Muda.

Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Pak Rahim telah menjadi ahli Jabatan Amal Malaysia sejak tahun 1991 sejurus beliau bersara daripada berkhidmat sebagai tentera.

Beliau yang diantara ahli Jabatan Amal paling senior kini memegang jawatan Kor Tugas-Tugas Khas Jabatan Amal Perak dan sehingga hari ini tetap istiqamah berkhidmat untuk PAS serta masyarakat.

Masa hidupnya dihabiskan bersama Jabatan Amal dengan berkhidmat disetiap program yang dianjurkan PAS bukan sahaja di Perak hatta diseluruh negara walaupun kini usianya menjangkau 63 tahun.

Pak Rahim ketika ditemuiberkata, beliau sangat terharu dengan penganugerahan itu yang membuktikan PAS tidak lupa akan jasa, pengorbanan dan penglibatan aktivis didalam parti.

"Saya sangat terharu dengan anugerah ini oleh kerana saya merasakan sumbangan saya terhadap perjuangan ini sangat sedikit.

"Saya menganggap penganugerahan ini bukan kepada diri saya sahaja malah untuk Jabatan Amal itu sendiri," jelasnya lagi.

Beliau berkata, penganugerahan dan penghargaan kepada aktivis parti seperti ini perlulah diteruskan pada masa yang akan datang.

Dua lagi Ikon yang dinobatkan ialah Juara Imam Muda Musim ke-3, Ustaz Abdul Jabbar Abdul Kahar dan mangsa Orang Kena Zalim isu Ops Bubar, Mohd Hasri Ismail.

4 comments:

Advertise