Friday, October 18, 2013

Wakil Rakyat PAS sambut Aidiladha bersama rakyat

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Ustaz Idris Ahmad meraikan Aidiladha pertamanya sebagai wakil rakyat.

AJK PAS Pusat itu telah diberikan penghormatan untuk menyampaikan khutbah Aidiladha di Masjid Pekan Bukit Gantang.

Seusai sahaja solat, beliau telah menyertai ibadat korban dibeberapa buat tempat antaranya di Chengal Jantan Changkat Ibol, Pondok An-Nur Permatang Raja Trong, dan Masjid Changkat Ibol.

Ustaz Idris telah menyampaikan tazkirah Aidiladha sebelum ibadat korban berlangsung sekali gus memberikan lebih makna akan sambutan hari raya tahun ini.

Adun Changkat Jering, Dato' Seri Nizar Jamaluddin seperti tahun-tahun sebelum ini telah mengisi Aidiladha bersama masyarakat.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak turut berkesempatan untuk menyembelih beberapa ekor kerbau serta lembu sebelum bersama-sama bergotong-royong melapah, memotong, dan menimbang bersama masyarakat setempat.

Sempena Aidiladha yang disambut seluruh umat Islam pada 15 Oktober lalu, PAS kawasan Parit Buntar seperti tahun-tahun sebelum ini menganjurkan Majlis Korban Perdana

Majlis itu diadakan di perkarangan Dewan Tuan Guru Haji Ahmad Tuan selepas selesai sahaja solat Aidiladha dan khutbah yang disampaikan oleh Adun Titi Serong, Ustaz Abu Bakar Hussien.

Pesuruhjaya PAS Perak itu turut menyembelih beberapa ekor lembu sebelum ke lokasi yang lain.

Adun Gunong Semanggol, Ustaz Zawawi Hassan dan Adun Sungai Rapat, Ustaz Radzi Zainon tidak melepaskan peluang menunaikan ibadatkorban bersama masyarakat

0 comments:

Advertise