Tuesday, October 8, 2013

Ustaz Kamaruddin diamanah pimpin Ulamak PAS Perak

Mantan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Kamaruddin Awang Basir telah dipilih sebulat suara menjadi Ketua Dewan Ulamak PAS Perak bagi sesi 2013-2015.

Beliau menang tanpa bertanding dalam Muktamar Dewan Ulamak PAS Perak kali ke-37 yang diadakan di Markas Tarbiyyah PAS Air Kuning, Taiping dekat sini kelmarin.

Ustaz Kamaruddin sebelum ini menjadi pemangku kepada jawatan itu apabila Ustaz Shuaid Din meletakkan jawatannya atas faktor kesihatan.

Sementara itu, Timbalan Ketua juga tiada pertandingan berlaku apabila bekas tahanan ISA, Ustaz Ibrahim Zakaria menjadi calon tunggal bagi jawatan tersebut sekali gus memberikan kemenangan tanpa bertanding kepada beliau.

Dalam pada itu, jawatan Naib ketua Dewan Ulamak menyaksikan pertembungan tiga penjuru di antara Ustaz Sidek Noor, Ustaz Norazli Musa dan Ustaz Ismi Mat Taib.

Namun ianya telah dimenangi oleh 'orang lama', Ustaz Sidek Noor apabila mendapat undian tertinggi daripada perwakilan seluruh kawasan.

Ahli jawatankuasa pula masing-masing dimenangi oleh Ustaz Mustafa Shaari,Ustaz Dahalan Ismail, Ustaz Salleh Said, Ustaz Fakhruddin Abdul Azi, Ust Norazli Musa, Ustaz Ismi Mat Taib, Ustaz Arman Yusop, Ustaz kamaruddin Adam, Ustaz Kamal Izzat dan Ustaz Suhaimi Wafir.

selanjutnya di Harakah edisi Jumaat ini...

4 comments:

Advertise