Tuesday, October 8, 2013

Kemiskinan: PAS Perak cadang anjur forum khas

IPOH: PAS Negeri Perak menyahut cadangan Menteri Besar, Dato' Dr Zambry Kadir agar isu kemiskinan di Negeri Perak perlu dibincangkan secara fakta.

Koordinator Jawatankuasa Isu dan Strategiknya, Salman Saleh berkata, PAS Perak mencadangkan agar ianya dibincangkan dalam satu forum khas bagi berbahas untuk mewujudkan kerangka kerja dengan hasrat untuk menyelesaikan permasalahan utama kemiskinan di Perak yang berlaku kini. 

Menurutnya, walaupun kenyataan Ahli Parlimen Batu Gajah, V. Sivakumar tentang kemiskinan di Perak yang menduduki tempat kedua tertinggi di dalam negara ini disanggah oleh Zambry, namun sanggahan itu belum lagi dikemukakan secara fakta.

"Kami tuntas melontar agar satu forum khas diadakan bagi membincangkan isu ini kerana ianya meragukan banyak pihak. 

"Dan amat sesuai satu pentas forum diadakan bagi mewakili pihak Kerajaan Negeri Perak dan pihak luar yang mempunyai fakta dan kajian yang tepat terhadap kemiskinan di Perak khususnya," katanya kepada Harakah 1 Oktober lalu.

Salman menjelaskan, kemungkinan fakta yang diperolehi Sivakumar dikatakan tidak tepat yang datangnya daripada agensi kerajaan sendiri namun PAS mengambil sikap seadilnya ianya perlu dibahaskan secara sihat.

Ianya katanya penting bagi merungkai fakta yang lebih tepat dan fokus untuk menyelesaikan masalah kemiskinan yang ada. 

"Zambry bagi kami boleh melihat sendiri dengan fakta yang diperolehi kelak bagi menangani masalah yang ada dan ianya boleh membantu pihak Kerajaan Negeri Perak itu sendiri.
 
"Kami juga merasakan ianya juga membolehkan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perak khasnya dan agensi-agensi kerajaan negeri termasuklah Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) membantu kerajaan negeri menyelesaikan masalah kemiskinan di Perak kelak," jelas Setiausaha Pemuda PAS Perak itu.

Tegasnya, PAS terbuka agar forum ini menjadi realiti tidak kira yang akan menganjurkannya sama ada kerajaan, pihak Badan Bukan Kerajaan (Ngo) mahupun PAS itu sendiri. 

PAS katanya mengharapkan Zambry menyambut cadangan ini agar dapat memberikan impak positif kepada pembangunan di Perak kelak

4 comments:

Advertise