Tuesday, October 8, 2013

Markas Tarbiyah mercu kejayaan PAS Tambun

PAS Kawasan Tambun terus mengorak langkah menjadi satu organisasi mantap diusia 25 tahun penubuhannya.

Selama suku abad mengharungi liku dan mehnah, PAS Tambun telah berjaya membawa satu lembaran baru kepada masyarakat dengan mengubah pemikiran dan tanggapan mereka terhadap PAS serta Islam itu sendiri termasuklah dari kalangan kaum bukan Islam.

Walaupun belum lagi berjaya untuk memenangi kerusi tunggal yang ditandingi iatu Dun Manjoi, namun ianya tidak boleh dijadikan rujukan utama prestasi PAS Tambun.

Pada PRU13 lalu, Calon PAS Dun Manjoi, Asmuni Awi yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat telah berjaya mengurangkan majoriti kepada 132 undi sahaja dan itu adalah rekod terbaik PAS di Dun tersebut yang sebelum ini menjadi kubu kuat BN.

Tambun adalah antara kawasan yang paling aktif di Perak dengan penganjuran pelbagai program disamping mempunyai ahli aktif yang sangat ramai.

Tambun telah berjaya mewujudkan pelbagai medium khususnya dari aspek pendidikan dengan mendirikan sekolah sendiri iaitu Sekolah Rendah Tarbiyah Islamiah (SRATI) dan Sekolah Menengah Agama Darul Taqwa.

Keutamaan PAS Tambun terhadap aspek pendidikan telah melahirkan pelapis pimpinan yang baik serta mewujudkan masyarakat yang cinta akan ilmu.

PASTI Tambun juga adalah antara yang paling mendapat sambutan masyarakat apabila berjaya mewujudkan banyak cawangan diseluruh kawasan itu.

Pada 22 September lalu, Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah meluangkan masa untuk bersama-sama dalam Sambutan Jubli Perak 25 Tahun PAS kawasan itu.

Majlis itu juga serentak dengan perasmian Markas Tarbiyyah PAS Tambun, Meru yang merupakan mercu kejayaan PAS kawasan itu.

Kejayaan membangunkan markas bernilai kira-kira setengah juta itu adalah hasil kebersamaan antara pimpinan yang diketuai oleh Yang Dipertuanya, Dr Khairuddin Abdul Malik bersama-sama ahli.

Hatta, Ustaz Abdul Hadi turut melahirkan rasa bangga dan syukur atas kejayaan PAS Tambun mewujudkan pusat tarbiyyah itu yang sudah pasti akan memberikan satu syiar PAS kepada masyarakat khususnya di kawasan itu.

Ketika ucapan perasmian, Presiden PAS itu turut mengucapkan syabas apabila diberitahu tentang pembangunan markas itu adalah daripada hasil dana daripada para ahli dan cendekiawan dari dalam dan luar PAS yang ingin bersama-sama membantu merealisasikan penubuhan markas dua tingkat tersebut.

Ustaz Hadi turut mengharapkan dengan penubuhan bangunan tersebut, PAS kawasan dapat menganjurkan pelbagai aktiviti bagi menarik masyarakat lebih dekat kepada PAS itu sendiri.

Dr Khairuddin adalah antara tenaga penggerak penubuhan Markas itu menzahirkan rasa gembira dengan kejayaan parti.

Lebih mengembirakan lagi katanya, markas yang siap dibina itu tanpa menanggung sebarang hutang.

Beliau menyifatkan, kejayaan tersebut adalah daripada jasa dan pengorbanan pimpinan terdahulu sehingga kini.

Bagi menghargai jasa pimpinan terdahulu, PAS Tambun telah menyampaikan anugerah Jasamu Dikenang kepada semua bekas Yang Dipertua sejak penubuhan PAS di kawasan itu.

Bangunan dua tingkat yang terdiri daripada dewan besar, bilik mesyuarat, dan pejabat yang serba lengkap

PAS Tambun telah menamakan semua dewan dalam markas itu dengan nama-sama pimpinan  antaranya Dewan Tuan Guru Nik Aziz, Dewan Ustaz Fadzil Nor, dan Dewan Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

2 comments:

Advertise