Wednesday, September 4, 2013

Umum BR1M untuk reda amarah rakyat

IPOH: Tindakan kerajaan untuk mengumumkan pemberikan (Bantuan Rakyat Satu Malaysia) BR1M serentak dengan kenaikan harga minyak BR1M bukanlah perkara yang bijak .

Bendahari Dewan Pemuda PAS Perak, Ustaz Fakhrulrazi Mokhtar berkata, pemberian tersebut hanyalah cara untuk meredakan amarah rakyat yang rata-rata kecewa dengan kenaikan harga minyak.

Menurutnya, kerajaan tidak boleh memandang mudah dengan menganggap pemberian BR1M boleh menyelesaikan bebanan yang ditanggung oleh rakyat ketika ini.

Pemberian BR1M ini katanya hanyalah bersifat 'datang dan pergi' iaitu tidak bertahan lama kerana nilai yang diberikan itu tidak cukup untuk menanggung kos kehidupan masyarakat yang semakin meningkat.

"Pemberian BR1M tidak tidak menyelesaikan masalah bebanan yang ditanggung oleh rakyat ketika ini, ianya hanya kaedah mengaburi mata rakyat bagi meredakan kemarahan berhubung kenaikan harga minyak," katanya dalam satu kenyataan kepada Perakite Daily.

Beliau menjelaskan, kerajaan hanya menyatakan janji pemberian BR1M kepada golongan berpendapatan rendah sahaja sedangkan kenaikan harga minyak ini membebankan semua golongan.

Ujarnya, kerajaan tidak langsung berusaha untuk meningkatkan ekonomi masyarakat di semua peringkat sebaliknya terus menambahkan beban rakyat dengan menaikkan harga minyak yang akan disusuli dengan kenaikan seluruh barangan khususnya keperluan harian.

Jelas Fakhrulrazi, kerajaan harus mencari mekanisme terbaik dan lebih efisyen dalam menjana pendapatan negara dengan tidak membebankan rakyat.

"Kerajaan jangan memperbodohkan rakyat dengan memberikan rasuah secara terhormat (BR1M) bagi menutup betapa banyaknya keuntungan yang dikaut oleh kerajaan dengan kenaikan harga minyak walaupun hanya 20 sen.

"Pemberian BR1M ini tidak dinafikan sangat berkesan untuk mengaburi pemikiran rakyat dalam PRU13 namun ketika ini saya yakin rakyat tidak lagi mahu ditipu," jelasnya.

Dalam perkembangan berkaitan, BR1M bukanlah janji baru sempena kenaikan harga minyak tetapi ianya telah dijanjikan dalam PRU13 lalu namun sehingga hari ini belum dilaksanakan.

Beliau katanya yakin kenaikan harga minyak ini adalah untuk mencari dana untuk merealisasikan janji BR1M yang dibuat dalam pilihanraya lalu kerana ketika ini kewangan kerajaan tidak mencukupi akibat ketidakcekapan pemimpin mengurus pendapatan negara.

3 comments:

Advertise