Friday, September 27, 2013

Mat Sabu lancar Jelajah OKZ

KUALA KANGSAR: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu telah melancarkan Jelajah Solidariti Orang Kena Zalim (OKZ) 23 September lalu.

Pelancaran tersebut diadakan di perkarangan Kompleks PAS Kuala Kangsar, Bukit Chandan tidak jauh daripada lokasi kejadian tangkapan terhadap 13 aktivis PAS yang ditahan dalam himpunan Ops Bubar ketika krisis politik Persk 6 September 2009 lalu.

Jelajah tersebut adalah bertujuan untuk mencari dana bagi bersama-sama membantu membiayai kos yang ditanggung oleh kesemua 13 tahanan.

Ianya akan merentasi beberapa lokasi di seluruh Perak dan akan berakhir di Kuizm, Taman Melewar, Kuala Lumpur pada 4 Oktober nanti.

Turut berucap ialah Mantan Menteri Besar Perak, Dato' Seri Nizar Jamaluddin, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussien, Setiausaha PAS Perak, Dr Muhaimin Sulam dan Naib Ketua Dewan Ulamak PAS Perak, Ustaz Ibrahim Zakaria.

Hadir sama ialah beberapa mangsa OKZ dan pimpinan PAS kawasan serta negeri.

Pada 13 September lepas, Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar menjatuhkan hukuman penjara dua tahun dan denda RM5,000 kepada mereka kerana terlibat dengan demonstrasi di hadapan Masjid Ubudiah, Bukit Chandan pada 6 Februari 2009.

Mereka dilepaskan dengan ikat jamin apabila Mahkamah Tinggi Taiping menerima permohonan untuk ditangguhkan hukuman sementara rayuan dibuat.

3 comments:

Advertise