Thursday, September 26, 2013

PR Perak anjur Judging The Malaysian Judiciary

Pakatan Rakyat Perak menerima maklumbalas (feedback) daripada pelbagai lapisan dan sektor masyarakat mengenai kerisauan mereka tentang tahap mutu kehakiman dan proses memberikan keadilan kepada rakyat di Negara ini.

Persepsi umum masyarakat, mahkamah Malaysia tidak cermat atau sengaja menafikan keadilan kepada pihak-pihak tertentu khusus jika kes tersebut berkaitan langsung dengan pihak berkuasa di negara ini.

Untuk memberi pendidikan politik dan undang-undang maka Pakatan Rakyat Perak akan mengadakan satu forum awam (public forum) yang akan mengupas konsep pemisahan kuasa (separation of powers) dan peranan kehakiman Malaysia dalam memberikan keadilan khusus dalam kes-kes berprofil tinggi seperti : ‘Power Grab in Perak’, ‘Altantuya Murder’, Petisyen PRU-13 dan beberapa kes-kes lain.

Forum bertajuk ‘Judging The Malaysian Judiciary’ akan membariskan panelis-panelis berikut : Bekas Hakim Datuk NH Chan, Peguam-Ahli Parlimen Puchong YB Gobind Singh Deo, Peguam-Ahli Parlimen Sepang YB Hanipa Maidin dan pimpinan NGO terkenal Cikgu Azmi Hamid.

Forum ini akan diadakan pada hari Jumaat 27hb September 2013, jam 7.45 malam di Hotel Excelsior, Ipoh.

Kehadiran semua pihak dan warga media dialu-alukan supaya rakyat boleh berdiskusi dengan matang dan sihat.


Kenyataan daripada,
DR HJ KHAIRUDDIN BIN DATO’ MALIK
Setiausaha  |  Pakatan Rakyat Perak


3 comments:

Advertise