Monday, September 2, 2013

Hadi, Huda ceriakan Alam Ria Pasti Bagan Datoh


BAGAN DATOH, 27 Ogos : Sambutan yang menceriakan hadir di Majlis Alam Ria PASTI Kawasan Bagan Datoh. Selain majlis tersebut, turut diraikan ialah sambutan hari raya Eidulfitri.
 
Seramai 150 orang murid-murid PASTI sekitar kawasan ini sangat gembira dan teruja ketika hadir meraikan majlis ini.

Majlis yang dirasmikan oleh Ustaz Mohd Misbahul Munir Masduki ( Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak dan YDP PAS Kawasan Bagan Datoh ) juga dihadiri ibubapa dan penjaga serta penduduk sekitar kawasan terlibat.

Antara acara pertandingan yang diadakan ialah acara Hafazan, Azan, bacaan Sajak dan nasyid. Selain acara tersebut, acara sukaneka turut dilangsungkan antara lari berhalangan, lari pecut, tiup dan pecah belon, bola beracun dan lain-lain lagi.
Seusai acara tersebut, majlis perasmian telah disempurankan oleh Ustaz Misbahul Munir Masduki.

Di akhir majlis, para hadirin dijamu dengan hidangan hari raya Eidulitri.Dppk Bagan Datoh







 

Advertise