Friday, August 16, 2013

Serangan tentera Israel tidak bertamadun

IPOH: Dewan Muslimat PAS Negeri Perak mengutuk sekeras kerasnya serangan biadap dan tidak berperikemanusiaan yang dilancarkan oleh regim tentera  kerajaan haram As Sisi sehingga mengorbankan nyawa serta mencederakan ribuan rakyatnya yang tidak berdosa.

Ketuanya, Dr Najihatussolehah Ahmad berkata, Muslimat PAS memandang serius serangan zalim yang dilancarkan menggunakan kekuatan tentera , serta penembak tepat terhadap  orang awam yang tidak bersenjata di Dataran Rabiatul Adawiyah . 

Menurutnya, mereka yang terbunuh dan tercedera dalam serangan zalim tersebut termasuk wanita dan kanak- kanak yang menyaksikan kesan kesan kecederaan yang sangat menyayat hati.  

serangan yang dilakukan oleh tentera haram Mesir ini katanya adalah serangan yang sangat zalim dan tidak bertamadun.

"Dewan Muslimat PAS Negeri Perak  merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga di  Mesir yang telah kehilangan ibu, ayah, suami, isteri, abang, kakak, adik, anak serta saudara mara dalam serangan tersebut. 

"Doa kami semoga kalian dianugerahkam dengan anugerah tertinggi iaitu syahid di jalan Allah SWT," katanya.

Najihah menjelaskan, pihaknya memandang tinggi perjuangan rakyat Mesir yang telah bersatu menuntut semula  kerajaan yang telah dipilih secara demokrasi pimpinan  Presiden Muhammad Morsi yang telah dirampas secara  haram  oleh tentera Abdul Fatah As Sisi. 

Ujarnya, perjuangam menuntut hak yang dirampas adalah perjuangan yang mulis menurut Islam.

"Kami menyeru masyarakat antarabangsa terutama Kerajaan Malaysia supaya peka dengan perkembangan di Mesir bagi mengelakkan lebih banyak lagi nyawa yang terborban.

"Kemi berdoa semoga Allah SWT memelihara Mesir ,Bumi Para Anbiya' dari kehancuran dan kezaliman," tegasnya.

Sehubungan itu, beliau berkata, Muslimat PAS menyeru ahlinya supaya membaca Qunut Nazilah setiap kali selepas solat bagi keamanan di Mesir, dan negara umat Islam lainnya .

Advertise