Monday, August 19, 2013

Bawalah mereka pulang

IPOH – “Hati ibu bapa mana tak bimbang...jika perlu bawa pulang, bawalah mereka pulang segera. Keadaan di sana sudah tidak seperti dulu,” demikian luahan seorang bapa, Md Bahrin Ibrahim, 63.

Mempunyai tiga anak yang masih berada di Mesir ketika ini, Md Bahrin mengakui, setiap hari perasaannya tidak tenteram memikirkan keselamatan mereka.

Menurutnya, sungguhpun dia serta isteri, Suffiah Majid, 58 mendapat perkhabaran daripada anak mereka, Mohd Fariq Izwan, 31, Filziah Syarah, 25, dan Murni Syahirah, 20 setiap hari, namun keadaan tetap tidak sama.

"Kami cuma berhubung melalui telefon dengan membuat panggilan bergambar. Mereka beritahu kami, keadaan di Mesir bertambah meruncing dan merbahaya.

"Anak lelaki kami sudah berkeluarga dan mempunyai dua anak. Mereka kini tinggal di Damanhour. Dua lagi anak kami sudah tinggal bersama di Kaherah kerana bimbang apa-apa berlaku," katanya ketika ditemui di kediamannya di Silibin, di sini semalam.

Md Bahrin berkata, dia dimaklumkan bahawa pihak kedutaan telah mengeluarkan Garis Panduan Keselamatan (GPK) kepada rakyat Malaysia di Mesir dan mereka tidak boleh keluar dari rumah pada ketika ini.

"Kami alu-alukan kesediaan kerajaan bawa pulang pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir. Kita tak tahu apa akan jadi dalam sehari dua ini. Jadi saya rasa elok pelajar Malaysia dibawa pulang segera," katanya.

Sebagai ibu, Susffiah sama sekali tidak dapat menyembunyikan kebimbangannya berhubung pergolakan di Mesir, apatah lagi anaknya sering menceritakan pengalaman yang mereka lalui sepanjang berada di negara itu.

"Mereka semua hanya berada dalam rumah kerana perintah berkurung. Makanan belum putus, cuma bahan mentah sukar diperoleh. Saya bimbang krisis makanan boleh berlaku di sana jika keadaan ini berterusan.

"Kami lebih resah apabila anak-anak kami ceritakan bunyi tembakan dan dentuman bom sentiasa kedengaran. Malahan, mereka melihat sendiri tentera serta segerombolan orang bersenjata lalu lalang.

"Mereka dengar macam-macam jeritan. Antaranya wanita menangis, menjerit serta salakan anjing yang agak menggerunkan. Tetapi mereka hanya berani mengintai dari tingkap. Bila dengar kisah mereka, saya bertambah risau," katanya. Sinar Harian


3 comments:

Anak saya terlibat dalam Ops Piramid pertama dulu (2011). Apa yang saya dapati kali ini seolah-olah ada rasa teragak-agak untuk membuat keputusan oleh kerajaan...tidak seperti sewaktu Mubarak dijatuhkan dulu. Saya buat 3 kesimpulan kenapa. (1) Menteri yang flip-flop tak mampu buat keputusan (bukti:Lahat datu). (2) Kesan kos tinggi Ops Piramid 1 dulu memberi kesan sawan kepada kerajaan.. seboleh2nya akan dielakkan oleh kerajaan ini. Kalu untuk rakyat, mereka berkira-kira..tapi kalau untuk depa..laju semacam je.(3)Tiada kepentingan semasa/segera. PRU baru saja lepas..no immidiate political gain. Dulu pelajar dipaksa memegang kain rentang terima kasih kerajaan turun saja dari k/terbang...Firasat saya Kerajaan TAK AKAN BAWA PELAJAR INI PULANG.

Advertise