Thursday, August 15, 2013

RPT Perwira: Bekas tentera menanti janji kerajaan

IPOH: PAS Negeri Perak mendesak kerajaan negeri pimpinan BN agar mengotakan janji mereka untuk memberikan lot kediaman kepada bekas tentera dan polis bagi projek Rancangan Penempatan Tersusun (RPT) Perwira dengan segera.

Ketua Penerangan PAS Perak, Dr Ahmad Nuri Al-Amin berkata, kerajaan negeri dikatakan akan membangunkan tanah seluas 268 hektar yang membabitkan 11 lokasi di seluruh Negeri Perak untuk tujuan itu.

Pada tahun lepas sahaja katanya, sejumlah 7,000 permohonan daripada bekas tentera dan polis telah diluluskan oleh kerajaan negeri dengan jumlah 7,849 unit lot kediaman telah ditawarkan.

"Persoalan kini, adakah semua permohonan daripada bekas tentera dan polis telah diberikan? Yang turut menjadi persoalan, daripada tanah seluas 268 hektar yang disediakan, berapa pula untuk projek Rancangan Perumahan Tersusun (RPT) Perwira khas?

"Kami persoalkan perkara ini kerana bimbang kerajaan negeri akan menawarkan harga RPT Perwira Khas yang tidak mampu dimiliki oleh bekas tentera dan polis walaupun dikatakan rumah-rumah yang bakal dibina lebih murah 30 peratus daripada harga pasaran," katanya kepada Harakah 3 Ogos lalu.

Jelasnya Timbalan Yang Dipertua PAS Batu Gajah itu, ketika ini sudah terdengar rungutan daripada golongan bekas tentera dan polis yang masih tertunggu-tunggu bilakah janji kerajaan negeri itu akan ditunaikan.

"Kami mendesak agar BN mengotakan janji mereka pada PRU13 yang lalu dan memberikan jaminan akan menyelesaikannya secepat mungkin," tegas Ustaz Nuri.


5 comments:

janji pilihanraya,menanti seperti buah yang tak gugur,hal ini akan timbul kembali bila hampir pru

Advertise