Monday, August 26, 2013

Raja Dr Nazrin Rasmi Pembukaan Sidang Dun ke 13

raja NAZRIN Raja Dr Nazrin Rasmi Pembukaan Sidang Dun ke 13 jeriofjorePemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbudin Shah berkenan  menyempurnakan istiadat pembukaan rasmi Penggal Pertama Dewan Negeri (DUN) Ketiga Belas Perak Darul Ridzuan hari ini.

Keberangkatan baginda kira-kira jam 9.30 pagi disambut Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Yang Dipertua Dewan Negeri, Datuk S.K Devamany dan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Turut berangkat, Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim dan isteri Menteri Besar, Datin Seri Saripah Zulkifli.

Selepas lagu kebesaran negeri Perak dimainkan oleh Pancaragam Polis DiRaja Malaysia Cawangan Kedah, bendera DiRaja dikibarkan.

Raja Dr Nazrin kemudiannya berkenan memeriksa Kawalan Kehormatan yang terdiri daripada Anggota Pasukan Simpanan Persekutuan.

Sejurus selepas lagu kebesaran negeri dimainkan buat kali kedua, Pemangku Raja Perak serta Raja Puan Besar Perak berangkat ke kamar Diraja sementara semua ADUN dan dif-dif kehormat masuk ke Dewan Mesyuarat yang diikuti Yang Dipertua Dewan Negeri.

Setiausaha Dewan membacakan doa mesyuarat selepas semua berada di dalam Dewan Mesyuarat.

Pasangan DiRaja, Raja Dr. Nazrin Shah dan Tuanku Zara Salim kemudiannya berangkat memasuki ke Dewan Mesyuarat yang diikuti dengan titah ucapan perasmian.

Selepas selesai titah ucapan perasmian, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria membacakan doa selamat.


Istiadat pembukaan rasmi Penggal Pertama Dewan Negeri Yang Ketiga Belas Perak Darul Ridzuan selesai kira-kira jam 11.25 pagi dengan keberangkatan pulang Raja Dr Nazrin Shah dan Tuanku Zara Salim.

3 comments:

Salam .. kepada IT Pas Perak teman nak komen sikit:

1. Kenapa laa IT Pas Perak lembab beno, maklumat dalam blog ni lambat sungguh di update. Isu-isu dalam Dun org Perak nak tau, ucapan ketua pembangkang (DS Nizar) org nak tau gak tapi hampehh .. lembap beno.

2. Berita dalam web Pas Perak (http://perak.pas.org.my/) sama gak, berita lama beno. Buka je web Pas Perak korang tengok le berita yang ada bertarikh 3 June, berita 3 bulan sudah, apa laaa IT Pas Perak niii. Now org nak maklumat cepat laa weehhh.

3. Berita-berita dalam blog ni eloknya letak laaa tarikh tapi cuma ada masa je. Cuba le perhatikan blog-blog lain semua berita ada tarikh dan masa. Tak kannn laaaaa benda kecik tu pn tak terpikir yobb .. apa daaaaa

Advertise