Friday, August 30, 2013

Memerdekakan rohani dan fizikal





IPOH: Rakyat di negara ini haruslah memahami erti kemerdekaan yang sebenar, kata Ustaz Abu Bakar Hussien

Pesuruhjaya PAS Perak itu berkata, rakyat bukan sahaja perlu bebas daripada penjajah, tetapi yang lebih penting ialah membebaskan diri daripada pemikiran penjajah.

Menurutnya, rakyat perlu 'lepaskan' diri daripada terikat dengan fahaman peninggalan penjajah yang pastinya tidak mengikut cara Islam yang sebenar.

Katanya, ramai cendekiawan Muslim telah menyedari bahawa cabaran utama setelah kemerdekaan fizikal adalah membina jiwa dan minda merdeka.

"Kemerdekaan itu bukan hanya pada fizikal tetapi yang lebih penting ialah memerdekakan intelektual dan bersifat rohani.

"Kemerdekaan yang sebenar ialah memerdekakan manusia daripada perhambaan sesama manusia sama ada bebas bersuara, pemilikan, bertindak, bermuamalah dan seumpamanya," katanya ketika ditemui Harakah 24 Ogos lalu di Pejabat PAS Perak.

Adun Titi Serong itu mengharapkan kemerdekaan ini mestilah memberikan makna yang besar kepada rakyat secara keseluruhnnya dalam erti kata lain memerdekakan diri secara menyeluruh.

Ujarnya, menyambut kemerdekaan itu bukanlah hanya sebagai rutin tahunan tetapi bagi mengingatkan rakyat untuk sentiasa memuhasabah diri agar terus berusaha memerdekakan diri secara menyeluruh.

"Suasana tidak tenteram di negara ini ketika ini termasuklah kejadian tembak-menembak, pembunuhan secara tidak terkawal dan sebagainya telah membuktikan ada perkara yang tidak kena dengan makna kemerdekaan.

"Ditambah lagi apabila kewujudan berbagai undang-undang dan akta yang meruntuhkan lagi erti kemerdekaan," jelasnya lagi.

3 comments:

Advertise