Thursday, August 22, 2013

Adun PR akan hangatkan Sidang DUN Perak!

IPOH: Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak dijangka panas apabila hanya tiga kerusi yang membezakan Pakatan Rakyat dengan BN.

Pengerusi Sekreteriat Adun PAS Perak, Ustaz Misbahul Munir Masduki berkata, pihaknya telah meneliti soalan-soalan yang bakal ditanya oleh kelima-lima Adun PAS dalam sidang Dun nanti.

Menurutnya, ianya meliputi aspek kebajikan rakyat, ketelusan serta kecekapan dalam pentadbiran dan polisi kerajaan yang menjadi perhatian oleh masyarakat khususnya di negeri itu.

Beliau menjelaskan, sekteriat Adun PAS telah mengkaji sebaik mungkin agar segala dakwaan serta soalan yang bakal ditanya nanti adalah berasaskan bukti dan fakta yang sahih.

"Adun-Adun PAS Perak sudah bersedia dengan soalan-soalan mencabar yang akan menggegar sidang Dun Perak.

"Soalan-soalan bertulis dan lisan terutamanya akan menjadi medan untuk rakyat mendapat penjelasan daripada kerajaan dalam beberapa isu yang menjadi perhatian masyarakat," katanya kepada Perakite Daily.

Timba
lan Pesuruhjaya PAS Perak itu menjelaskan, rakyat mengharapkan semua soalan hendaklah dijawab dengan jujur oleh kerajaan negeri dan tidak berniat untuk menyelindung apa-apa perkara.

Misbahul menyatakan, soalan bertulis yang berkaitan dengan isu-isu rakyat perlu diberi keutamaan untuk dijawab dan jangan ada daripada soalan yang dikemukakan itu tidak dijawab oleh kerajaan.

"Masa soal jawab lisan juga hendaklah diberikan secukupnya agar semua Adun mendapat ruang untuk berhujah tentang soalan yang dikemukakan.

"Rakyat tidak mahu speaker hanya memilih soalan-soalan dari anggota kerajaan sahaja, sebaliknya mesti adil dan saksama terhadap Adun-Adun Pakatan Rakyat khususnya PAS," jelasnya lagi.

Justeru, beliau berkata, PAS menyeru agar rakyat tidak lepaskan peluang untuk mendengar perbahasan dari Adun PAS dan raka-rakan daripada DAP dan Keadilan. 

Dalam Dun Perak, PAS mewakili 5 Dun iaitu Ustaz Abu Bakar Hussien (Titi Serong), Dato' Seri Nizar Jamaluddin (Changkat Jering), Ustaz Zawawi Hassan (Gunong Semanggol) Radzi Zainon (Sungai Rapat) dan Husin Din (Selinsing).

3 comments:

Advertise