Friday, July 12, 2013

Unit Amal edar jadual berbuka puasa

PARIT BUNTAR : Unit Amal Parit Buntar mengorak langkah proaktif mengedarkan jadual berbuka dan imsak kepada orang ramai.

Operasi mengedar jadual ini telah dilakukan di Bazar Ramadan Taman Kerian Permai pada hari pertama umat Islam berpuasa.

Penyelaras Jabatan Amal Parit Buntar Zainuddin Osman berkata, sebanyak 1000 keping jadual telah diedarkan kepada orang ramai yang datang ke Bazar Ramadan membeli juadah berbuka puasa.

“Rata-rata orang ramai menyambut baik usaha Unit Amal ini terutama mereka yang belum lagi mempunyai jadual berbuka puasa dan imsak.

“Jadual waktu berbuka dan imsak merupakan sumbangan Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar dan Dun Titi Serong sebagai panduan serta memudahkan ibadah puasa dilaksanakan sepanjang bulan yang mulia ini,” Kata Zainuddin yang ditemui selepas selesai membuat edaran.

Zainuddin berkata, jadual ini turut diedarkan ke seluruh Parit Buntar termasuk di surau-surau dan masjid-masjid.

“Kami mengambil kesempatan pada bulan Ramadan ini untuk turun padang bertemu orang ramai. 

“Aktiviti mengedar jadual ini merupakan peluang anggota Unit Amal melakukan amal jariah membantu Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar dan Dun Titi Serong," jelasnya lagi.

3 comments:

Advertise