Monday, July 8, 2013

RM 85 ribu dana Ramadhan diperlukan bantu golongan memerlukan

E-mail

PARIT BUNTAR, 6 Julai : Program Infaq Ramadhan Al Mubarak Kawasan Parit Buntar merupakan aktiviti tahunan yang dilakukan oleh PAS Kawasan Parit Buntar , Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar dan DUN Titi Serong.

Penolong Setiausaha Jawatankuasa Infaq Ramadhan Hairul Nizam Ishak berkata, program ini bertujuan untuk menyampaikan sumbangan kepada golongan yang amat memerlukan di sekitar Parlimen Parit Buntar sempena bulan Ramadhan.

“ Beberapa golongan yang dikenalpasti pihak kami akan salurkan bantuan iaitu fakir miskin, anak yatim, pesakit di hospital, masjid, surau, guru al - Quran dan guru Pasti
“ Jumlah sumbangan yang diperlukan untuk tahun ini adalah sebanyak RM 85,000.00. Sumbangan yang disalurkan adalah berbentuk barangan keperluan untuk sambutan Eidul Fitri, jamuan anak yatim dan wang ringgit” katanya
Hairul Nizam berkata, Jawatankuasa Infaq Ramadhan telah mula membuat kutipan derma sebelum bulan Ramadhan kerana dana infaq yang diperlukan besar .

“ Kita sudah mula mengedarkan pamplet program dan menjalankan kutipan dana infaq daripada orang ramai.

“Justeru itu, adalah besar harapan kami agar orang ramai di negeri Perak khususnya, dapat bersama menghulurkan sumbangan untuk program ini. Segala jasa baik penderma yang membantu menghulurkan sumbangan amatlah kami hargai” katanya 
Sementara itu, Penasihat program yang juga Adun Titi Serong Ust. Abu Bakar Husin menyeru umat Islam menggunakan peluang di bulan Ramadan untuk melakukan amalan mulia.
“ Sumbangan ini amatlah bertepatan dengan amalan sedekah amal jariah khususnya untuk menjalani ibadah bulan Ramadhan.

“Salah satu pintu yang dibuka oleh Allah untuk meraih keuntungan besar dari bulan Ramadhan adalah melalui sedekah. Justeru ambillah peluang di bulan Ramadhan untuk bersama kami melaksanakan kebajikan” katanya

Orang ramai yang ingin membuat sumbangan untuk program infaq Ramadhan boleh disalurkan wang tunai, cek, dan wang pos melalui akaun Bank Islam Malaysia Berhad bernombor 08022010048488 di atas nama ‘Dana Kebajikan Parit Buntar’ atau akaun Bank Muamalat Malaysia Berhad bernombor 0801-0000839-71-1 di atas nama ‘Jawatankuasa Dana JPR Parit Buntar’.

4 comments:

tolon bagi tau admin dan betulkan ADUN SELINSING buka RAMLI TUSIN, tapi HUSAIN DIN

Advertise