Monday, July 8, 2013

Dewan Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Husin perlu sumbangan naik taraf

E-mail

PARIT BUNTAR, 2 Julai : Dewan Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Husin yang menjadi mercu tanda PAS Parit Buntar akan berubah wajah menjadi dewan tertutup yang lebih moden berbanding dewan terbuka yang ada sekarang.
Pengerusi Jawatankuasa pembinaannya, Hosni Mokhtar berkata, proses menaik taraf dewan ini sudah bermula dengan pemasangan dinding dan cermin dewan.
“ Kerja - kerja ubah suai dewan ini sedang di jalankan secara gotong royong oleh  ahli- ahli PAS  disini.
“ Peringkat permulaan ini, kerja-kerja ubah suai dilakukan mengikut kewangan yang ada dan kami memerlukan tambahan sumbangan dari dermawan bagi menyempurnakan naik taraf dewan ini” katanya
Hosni berkata, kerja-kerja tambahan, pembesaran dan ubahsuai sedang giat dijalankan bagi menyiapkan dewan tertutup yang boleh menampung 350 orang pada satu masa.
“ Kos tambahan yang diperlukan bagi menaik taraf dewan ini ialah sebanyak RM 50 ribu.
“ Kami berharap ahli dan penyokong PAS serta orang ramai dapat memberi sumbangan bagi membolehkan proses menaik taraf dewan ini berjalan mengikut jadual” katanya
Menurutnya, Dewan Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Husin digunakan secara aktif di Parit Buntar terutama menganjurkan ceramah perdana, kuliah agama, aktiviti kebajikan dan sukan anak muda.

Orang ramai yang ingin memberi sumbangan bagi membiayai kos naik taraf dewan ini boleh terus dimasukkan ke dalam akaun Bank Islam Malaysia Berhad: 08022010022622 atas nama Pembangunan Markas Pas Parit Buntar.
Kerja-kerja pemasangan dinding sedang dijalankan
 
 


   

3 comments:

Advertise