Wednesday, July 3, 2013

Perlantikan Devamany bukti Umno tunduk

IPOH: Dewan Pemuda PAS Perak merasakan dengan perlantikan Dato' S.K Devamany sebagai Speaker baru bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak memperlihatkan polemik yang sedang berlaku di dalam BN Negeri Perak di bawah kepimpinan Dato' Seri Dr Zambry Kadir

"Pertama apa yang ingin kami lontarkan, kenapa Datuk Seri Zambry melantik Dato' Devamany sebagai Speaker DUN Perak? 

"Ini kerana Dato' Devamany adalah calon yang kalah dalam PRU 13 yang lalu dan ianya tidak sama tindakan yang diambil oleh Dato' Sri Najib yang tidak melantik dalam pasukannya di dalam Kabinet baru kepada calon-calon yang telah kalah," kata Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss.

Beliau berkata, Pemuda PAS mempersoalkan kenapa Zambry tidak melantik bekas speaker, Dato' R. Ganesan yang juga Pengerusi MIC Perak yang baru.

Sedangkan katanya dalam masa yang sama, Zambry turut tidak melantik Ganesan sebagai Penasihat Khas Kaum India kepada Menteri Besar sebaliknya memberikan jawatan itu kepada Ketua MIC Bahagian Lumut, V. Elango.

Katanya, perkara ini menggambarkan sikap ‘double standard’ Umno khasnya dengan perlantikkan Speaker DUN Perak baru-baru ini. 

"Persoalan kami, jika kesemua Exco Kerajaan Negeri Perak terdiri daripada kalangan Umno dan kenapakah Speaker DUN Perak tidak diberikan kepada kalangan Adun BN dari Umno yang menang? soal beliau.

Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia itu menjelaskan, Umno berupaya untuk melantik speaker dari kalangan mereka kerana mereka ketika ini sedang mendominasi kepimpinan BN namun ianya tidak dilakukan sedemikian kerana tuntuk kepada desakan MIC.

"Ini disifatkan sebagai ‘boneka’ kerana memberikan ruang untuk membuktikan bahawa Umno jelas tidak memperjuangkan bangsa Melayu dalam melantik Speaker DUN Perak," tegasnya.

Dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak Ke-13 pada Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama Dewan Negeri 28 Jun lalu, Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah dilantik sebagai speaker Dun Perak selepas berjaya memenangi pengundian mengatasi V Sivakumar yang dicadangkan oleh Pakatan Rakyat.

2 comments:

Advertise