Wednesday, July 3, 2013

Pergolakan Mesir agenda lumpuhkan Islam

IPOH: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak mendoakan agar pentadbiran Mesir di bawah kepimpinan Dr Morsi akan dipelihara seterusnya mengembalikan hak rakyat sebaik mungkin.

Ketua Pemudanya, Ustaz Zawawi Hassan berkata, Pemuda PAS berpendirian pertembungan yang berlaku di Mesir merupakan satu agenda untuk melumpuhkan Islam bagi diaplikasikan dalam sistem pentadbiran dan budaya masyarakat umumnya.

Menurutnya, pihaknya sentiasa mengikuti perkembangan semasa yang berlaku di Mesir sebagai langkah persediaan sekiranya berlaku sesuatu di luar jangkaan.

“Kami meminta seluruh umat Islam di tanah air mendoakan agar pergolakan yang berlaku ini berakhir dengan aman tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

“Diharapkan kerjasama daripada semua pihak teutama wakil kerajaan Malaysia KBMK, EME,  Pegawai HEP dan persatuan pelajar ( PMRAM & KPIPM) terus digembleng demi memastikan tahap keselamatan dan kebajikan pelajar terjaga,” katanya.

Zawawi menjelaskan, peranan media dalam melaporkan keadaan yang berlaku perlu telus dan amanah sebagai makluman kepada ahli keluarga di tanahair.

Maklumat tersebut katanya mestilah diperolehi daripada wakil kerajaan atau persatuan pelajar Mesir  supaya lebih tepat dan benar.

“Sesungguhnya perjuangan dalam membawa risalah Islam akan sentiasa dihujani cabaran dan ujian.
“Semoga Dr Morsi komited dalam memimpin Mesir ke arah satu tahap yang dapat membuktikan pada dunia akan nilai Islam yang sebenar,” jelasnya.

3 comments:

Advertise