Wednesday, July 3, 2013

Umno hidup atas kemiskinan orang Melayu - Nizar

TELUK INTAN, 30 Jun : Sejak dahulu lagi UMNO terus hidup atas kejahilan dan kemiskinan orang Melayu. UMNO amat takut jika orang Melayu tahu tentang agama kerana dengan ilmu yang ada orang Melayu Islam sudah pasti akan meninggalkan parti tersebut.
 
Demikian dinyatakan oleh ADUN Changkat Jering, YB DS Nizar Jamaluddin semasa menyampaikan ceramah di Markaz PAS Kg. Bahagia dekat sini.

Menurut beliau lagi, kajian selepas PRU13, jelas membuktikan bahawa kawasan di mana PAS kalah teruk ialah di kawasan di mana masjid-masjidnya yang kurang aktiviti majlis ilmu.
 
Sebaliknya, kawasan yang masjidnya diimarahkan dengan majlis-majlis ilmu maka para pengundi di kawasan itu telah mengundi dan memenangkan PAS.

DS Nizar bersama YB Terence Naidu.


Ustaz Zulkifli menyampaikan ceramah beliau.
 
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak itu turut menyatakan bahawa kemenangan pada PRU kali ini tidak menggembirakan UMNO/BN.

"Ini kerana mereka sendiri tahu bahawa kemenangan yang mereka peroleh itu adalah kemenangan atas dasar penipuan. Ibarat pelajar yang berjaya mendapat 9A dalam peperiksaan atas usahanya sendiri dengan pelajar 9A yang meniru. Sudah tentu kegembiraan pelajar 9A yang meniru tidak sama dengan yang berjaya atas usaha sendiri'" tambahnya lagi.

Menurut beliau lagi, UMNO/BN sebenarnya telah merampas kemenangan daripada PR dengan cara penipuan. Ini juga merupakan satu kezaliman yang patut dihapuskan.
 
Oleh kerana itu, Himpunan Blackout 505 merupakan satu usaha rakyat menuntut dua perkara yang perlu disegerakan iaitu, yang pertama menuntut Pengerusi SPR dan jawatankuasanya meletak jawatan serta merta dan keduanya, meminta satu suruhanjaya penyiasatan penipuan di dalam PRU13. Di samping itu, lapan tuntutan Bersih tidak dilupakan.

Turut sama menyampaikan ceramah ialah ADUN DAP Pasir Bedamar YB Terence Naidu, mantan ADUN Changkat Jong Hj. Mohd. Anuar Sudin dan Ketua Penerangan PKR negeri, Ustaz Zulkifli Ibrahim.


intanhijau.blogspot.com

0 comments:

Advertise