Monday, July 15, 2013

PAS Batu Gajah prihatin kebajikan rakyat sempena Ramadhan










IPOH: Sempena menyambut bulan yang mulia ini, PAS Kawasan Batu Gajah telah mengadakan program santuni dan bantuan kepada masdyarakat yang memerlukan baru-baru ini.

Program tersebut meliputi beberapa Unit Peti Undi (UPU) di dalam Dun Sungai Rapat yang diamanahkan kepada PAS Batu Gajah untuk menjaganya iaitu Kampung Ara Payong, Kampung Pisang dan Kampung Seri Jaya.

Penerima bantuan itu terdiri daripada golongan miskin, orang kurang upaya dan ibu tunggal yang kurang berkemampuan untuk menampung kehidupan seharian.

Skuad prihatin PAS Batu Gajah yang diketuai oleh Naib Yang Dipertuanya, Rosdy Abdullah telah mengenalpasti keluarga serta individu yang benar-benar memerlukan.

Bantuan tersebut berupa keperluan harian bagi mengurangkan beban mereka yang memerlukan untuk menyambut kedatangan Ramadhan kali ini.

Skuad prihatin itu juga bersama Jabatan Amal Malaysia dana masyarakat tempatan turut mengadakan gotong-royong membaiki beberapa buah rumah.

Rosdy ketika ditemui Harakah berkata, skuad prihatin PAS Batu Gajah komited menjalankan program kebajikan di sepanjang masa tanpa mengira musim.

Jelas beliau, masih ramai masyarakat yang terpinggir di kawasan itu biarpun ianya terletak di kawasan bandar.

"Alhamdulillah pada PRU13 lalu, Ustaz Radzi Zainon berjaya memenangi Dun Sungai Rapat dan ini adalah satu amanah besar kepada PAS.
"Pihak kami akan sedaya upaya mengerah keringat untuk berkhidmat sebaik mungkin biarpun tidak mendapat apa-apa dana daripada kerajaan negeri mahupun kerajaan pusat," katanya lagi.

Tegasnya, PAS Batu Gajah akan bersama-sama membantu pihak Pusat Khidmat Adun Sungai Rapat untuk membantu menjaga kebajikan rakyat dan mencari dana bagi menjalankan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan di Dun tersebut.

3 comments:

Advertise