Monday, July 15, 2013

Larangan takzirah: PAS Perak kecewa terhadap Mufti

IPOH: PAS Perak melahirkan kekecewaan dengan kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang melarang masjid dan surau mengadakan tazkirah disepanjang bulan Ramadhan tahun ini.

Timbalan Pesuruhjayanya, Ustaz Misbahul Munir Masduki berkata, tazkirah di bulan yang mulia ini adalah satu langkah baik dan bijak oleh kerana bilangan kehadiran umat Islam sangat tinggi.

Menurutnya, kita sepatutnya mengambil peluang terbaik ini untuk menyampaikan ilmu kepada masyarakat dan ianya mungkin menjadi permulaan untuk rakyat meminati dan cinta akan majlis ilmu.

“PAS Perak sangat tidak bersetuju dengan larangan daripada Mufti ini kerana ianya akan merugikan peluang yang Allah berikan pada bulan yang mulia ini.

“Majlis ilmu pada bulan-bulan lain kurang sambutan, jadi apa salahnya disaat kehadiran masyarakat di bulan ini agak ramai, kita gunakan peluang yang terbaik ini,” katanya.

Beliau menjelaskan, tazkirah ini adalah pengganti kepada kuliah-kuliah termasuklah kuliah Maghrib yang dihentikan disepanjang bulan Ramadhan.

Dalam keadaan ini, Misbahul berkata, PAS Perak menyarankan Pejabat Mufti mahupun Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) mengeluarkan garis panduan termasuklah teks tazkirah untuk dibaca oleh pemberi tazkirah.

Ujar misbah, buku tebal yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Perak untuk menjadi bahan tazkirah oleh para imam  juga baik digunakan ketika ini.

“Diharap mufti menarik balik larangan tazkirah yang semakin diminati oleh masyarakat dan yang tidak suka mendengar tazkirah ini hanyalah segelintir yang sememangnya tidak suka kepada majlis ilmu.

“Kalau nak dikira bid'ah sekali pun, ia masih lagi bid'ah hasanah sebagaimana amalan-amalan bidaah yang lain.

“Janganlah hanya kerana segelintir yang tidak suka tazkirah, amalan yang baik ini diharamkan,” jelasnya lagi.


Tegasnya, sebagai mufti, Harussani sepatutnya menggalakkan amalan baik ini dan berterima kasih kepada penganjur serta pemberi tazkirah kerana mereka sebenarnya telah membantu menghidupkan Ehya' Ramadhan dan mengembangkan syiar dakwah.

4 comments:

MUFTI MATA DUITAN......
SELURUH DUINIA DAH TAHU......

Advertise