Thursday, July 11, 2013

Adun Titi Serong rai kejayaan pelajar Pasti Parit Buntar



PARIT BUNTAR, 4 Julai : Adun Titi Serong Ust. Abu Bakar Husin meluangkan masa meraikan pelajar Pasti Parit Buntar yang menjadi naib johan pertandingan bola jaring pada Pesta Sukan Pasti Malaysia yang diadakan di Stadium Suka Menanti, Sultan Abdul Halim, 29 Jun lalu.

Pasti Parit Buntar yang mewakili Pasti Perak tewas tipis 7-9 kepada Pasti Pulau Pinang dalam perlawanan akhir.

Ust. Abu Bakar yang juga Pesuruhjaya Pas Perak mengucapkan tahniah kepada pelajar Pasti Parit Buntar yang telah mengharumkan nama Pasti Parit Buntar dan Pasti Perak.

“ Walaupun tidak berjaya menjadi johan,  kesungguhan dan kemampuan anak-anak Pasti Parit Buntar sehingga mencapai kejayaan pada tahap ini seharusnya dipuji.

“ Segala usaha dan latihan berterusan dengan bimbingan jurulatih akhirnya membuahkan hasil yang membanggakan Pasti Parit Buntar dan Pasti Perak” katanya semasa ditemui dalam majlis meraikan kejayaan Pasti Parit Buntar di Kampung Kedah, Parit Buntar.

Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada guru dan ibu bapa pelajar Pasti yang turut sama memberi bantuan dan sokongan moral kepada pasukan bola jaring Pasti Parit Buntar.

" Kita mahukan pelajar Pasti mempunyai satu keupayaan yang amat memberansangkan bukan sahaja berjaya dalam bidang akademik malah dalam bidang sukan” katanya
“ Pasti Parit Buntar sememangnya melahirkan ramai murid cemerlang yang bukan sahaja dari aspek kurikulum malah ko-kurikulum"katanya

Adun Titi Serong itu turut menyampaikan cenderahati penghargaan kepada semua pelajar Pasti yang mewakili Pasti Parit Buntar di Pesta Sukan Pasti Malaysia.
 
 


   

0 comments:

Advertise