IPOH: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak merasakan tindakan menolak semua jawatan dalam kerajaan di semua peringkat oleh MCA khasnya di negeri itu adalah untuk meneruskan protes terhadap Umno.
Sebelum ini MCAbertindak menolak jawatan Ketua Kampung Baru.
Timbalan Ketuanya, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, protes yang dilakukan oleh MCA ini berikutan hanya menang satu kerusi sahaja daripada 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu.
Menurutnya, Pemuda PAS melihat tindakan MCA ini adalah kemuncak apabila keputusan PRU13 yang lalu tidak berpihak kepada mereka sebaliknya menguntungkan Umno semata-mata.
"Sudah tentu isu-isu yang dimainkan oleh Umno dan juga kumpulan yang menyokong Umno merugikan MCA yang bersama Komponen BN.
"Ianya telah memberikan keuntungan kepada DAP khasnya dan Komponen di dalam Pakatan Rakyat amnya," katanya dalam satu kenyataan.
Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia itu menjelaskan, sentimen perkauman jelas merugikan MCA di Perak oleh kerana rakyat menerima Pakatan Rakyat yang menolak cara Umno memainkan isu perkauman pada PRU13 yang lalu.
Jelas Raja Iskandar, PAS berpendapat jika Umno masih terus memainkan isu perkauman ini akan menyumbang kepada MCA untuk terus tewas dan kalah pada pilihanraya yang akan datang.
"Apabila Umno memainkan isu perkauman terutamanya terhadap DAP, ianya secara tidak langsung terpalit terhadap MCA.
"Oleh kerana MCA di dalam komponen BN bersama Umno, ianya telah menjejaskan kemenangan parti itu di masa akan datang," jelasnya lagi.
Ianya katanya secara tidak langsung memberikan keizinan kepada Umno memastikan MCA meneruskan prestasi merudum selepas ini.
"Kami komited menolak isu perkauman yang dimainkan kerana Islam tidak mengizinkan dan kami yakin mampu menang dengan pegangan kuat kami dengan cara Islam selama ini," tegasnya.
0 comments:
Post a Comment