Jawatankuasa Isu dan
Strategik Badan Perhubungan PAS Negeri Perak bimbang hab pengangkutan
yang menjadi pusat perhubungan pelbagai lokasi tidak terancang dengan
baik akan merugikan perkembangan kepesatan di Bandar Raya Ipoh
terutamanya. Terletaknya Terminal Bas Amanjaya di Meru sedikit sebanyak
menyukarkan pergerakan pengguna utama pengangkutan bas terutamanya dan
pihak kerajaan negeri perlu fokus bagi mengembalikan kegemilangan hab
pengangkutan yang terdapat di Bandar Raya Ipoh sepuluh tahun yang lalu.
Dengan perkembangan yang
baik daripada Keretapi Tanah Melayu (KTM) setelah adanya Electric Train
Service (ETS) merancakkan lagi hab pengangkutan di Bandar Raya Ipoh.
Ini termasuk menaiktaraf Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah yang telah
menelan belanja hampir RM 42 Juta bagi tujuan merancakkan hab
pengangkutan khasnya di Bandar Raya Ipoh juga.
Tetapi sedikit malangnya
hab pengangkutan antara Bandar di Medan Kidd yang masih tidak
memperlihatkan perkembangan yang memberasangkan sehingga kini oleh
kerana fungsi yang pernah dimainkan di Medan Kidd semenjak tahun 1938
yang lalu sebagai tumpu utama atau pintu utama ke Ipoh, Perak.
Walau pun Terminal Bas antara Negeri dipindahkan oleh kerajaan negeri ke Medan Gopeng, ianya hanya bertahan selama hampir sepuluh tahun sahaja. Bangunan yang digunakan bagi tujuan Terminal Bas di Medan Gopeng disediakan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk).
Tetapi apa yang kini boleh dilihat, setelah Terminal Bas di Medan Gopeng sepenuhnya telah dipindahkan pula di Meru dengan nama baharu iaitu Terminal Bas Amanjaya yang diuruskan oleh syarikat swasta. Disinilah isu utama yang menjadi penghalang perkembangan hab pengangkutan di Bandar Raya Ipoh yang suatu hari dahulu berstrategik dan penting. Masalah utama yang sering di dengar adalah masalah kepada pengguna dan juga pengusaha yang menjadi isu. Kepada pengguna, lokasi Terminal Bas sedikit sebanyak menyukarkan bagi kemudahan ke Meru ketika ini.
Dan sudah tentu kepada pengusaha, kadar sewa yang agak tinggi dan kurangnya pelanggan menjadi isu yang masih belum diselesaikan. Banyak lagi isu yang menjadi faktor banyak pihak kurang selesa dengan Terminal Bas sedia ada. Ianya termasuk sebelum ini gerai makanan yang telah wujud bersama Terminal Bas yang amat menyedihkan terutamanya di Medan Kidd dan yang terbaru di Medan Gopeng.
Kami mengharapkan perkembangan hab pengangkutan sepatutnya memudahkan rakyat dan sewajarnya kerajaan negeri berusaha memastikan kemudahan ini dibaiki dan di atasi sepenuhnya!
SALMAN HAJI SALEH
Koordinator,
Jawatankuasa Isu dan Strategik,
Badan Perhubungan PAS Negeri Perak.
0 comments:
Post a Comment