Tuesday, June 25, 2013

LAPANGAN TERBANG: PERAK MUNDUR!!


Jawatankuasa Isu dan Strategik Badan Perhubungan PAS Negeri Perak kesal perkembangan hab pengangkutan yang dahulu amat penting di Negeri Perak iaitu Terminal Lapangan Terbang tidak sehebat dahulu dengan penjadualan penerbangan yang agak padat juga.

Walaupun Kerajaan Negeri Perak berusaha menaiktaraf Terminal Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah dengan nilai hampir RM 42 Juta, persoalan kami adakah ianya akan memberikan perkembangan Terminal Lapangan Terbang seperti dahulu?

Dahulu, banyak Syarikat Penerbangan terutamanya Malaysia Airlines (MAS) mengisi jadual penerbangan di Terminal Lapangan Terbang ketika itu.

Walaupun dahulu pernah dirancang semasa zaman Tan Sri Haji Mohammad Tajol Rosli Tan Sri Mohamed Ghazali ingin menjadikan Bandar Seri Iskandar sebagai Terminal Lapangan Terbang Tambang Murah bersama Syarikat AirAsia tetapi tiada perkembangan positif.

Pada zaman Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin pula, beliau merancang membangunkan Bandar Proton di Tanjung Malim turut mencadangkan Terminal Lapangan Terbang Tambang Murah di sana.

Kini, di zaman Datuk Seri DiRaja Dr Haji Zambry Abd Kadir pula mencadangkan Terminal Lapangan Terbang Tambang Murah di buka di Parit Buntar.

Tetapi ianya masih di atas kertas tanpa satu pun perkembangan positif bagi mengambalikan hab pengangkutan yang boleh dibanggakan di Perak. Kami berharap pihak kerajaan negeri segera merangka tindakan bagi memastikan Terminal Lapangan Terbang Tambang Murah khasnya di Perak agar dapat perkembangan positif kelak.

Kami mengharapkan ianya tidak dipolitikkan bagi perkembangan sihat ekonomi di Perak khasnya dan persisiran rakyat yang terletaknya berhampiran Terminal Lapangan Terbang Tambang Murah itu kelak!

DR RAJA AHMAD ISKANDAR AL-HISS
Koordinator,
Jawatankuasa Isu dan Strategik,
Badan Perhubungan PAS Negeri Perak.

0 comments:

Advertise