BAGAN SERAI, 8 Jun : Dewan Pemuda PAS (DPP) Negeri Perak merakamkan ucapan takziah kepada Puan Shariffah Ramli di atas pemergian suami beliau, Allahyarham Tajuddin Zainal Abidin.
Allahyarham merupakan mangsa yang terlibat di dalam tragedi runtuhan konkrit Jambatan Kedua Pulau Pinang di Batu Maung.
Jenazah beliau selamat tiba di kediaman mertuanya pada jam 2.08 pagi tadi.
Jenazah beliau selamat tiba di kediaman mertuanya pada jam 2.08 pagi tadi.
Ketua DPP Perak yang juga Adun Gunong Semanggol, Mohd Zawawi Abu Hassan sempat mengimamkan solat jenazah yang turut disertai oleh Adun Alor Pongsu, Datuk Sham Mat Sahat.
“Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas beliau. Pihak kami juga mendoakan ahli keluarga beliau dapat bersabar dan menerima dengan redha. Al-Fatihah,” tulis beliau di Facebook.
0 comments:
Post a Comment