SEGARI , 8 Jun : Orang ramai digesa supaya melibatkan diri dengan aktiviti berkaitan alam sekitar bagi mewujudkan rasa cinta kepada alam sekitar.
Setiausaha Persatuan Aktivis Sahabat Alam Perak (Kuasa) Afendi Ahmad berkata, kesedaran masyarakat dalam menjaga alam sekitar masih ditahap rendah.
Menurutnya, perkara itu boleh ditingkatkan melalui penyertaan dalam sesuatu aktiviti melibatkan penjagaan alam sekitar.
“Apabila mereka menyertai program itu secara tidak langsung akan dapat memberi kesedaran mengenai alam sekitar.Setiausaha Persatuan Aktivis Sahabat Alam Perak (Kuasa) Afendi Ahmad berkata, kesedaran masyarakat dalam menjaga alam sekitar masih ditahap rendah.
Menurutnya, perkara itu boleh ditingkatkan melalui penyertaan dalam sesuatu aktiviti melibatkan penjagaan alam sekitar.
“Mereka akan sedar jika alam sekitar musnah boleh membawa musibah kepada kita,” katanya.
Afendi berkata, kerajaan juga harus memainkan peranan dalam perkara itu dengan tidak membenarkan kawasan yang tidak sepatutnya diterokai dijaga dengan baik.
“Ini amat penting bagi memastikan kawasan itu terpelihara dan pembangunan dilakukan di kawasan lebih sesuai,” katanya.SH
0 comments:
Post a Comment