Strategi
bekerja dalam medan siasah moden hari ini perlu juga diseiiringkan dengan
manual yang ditinggal oleh Rasulullah melaui iktibar sirah dan perjalanan
Rasulullah mengurus dan menyusun strategi berperang mahupun misi dakwah.
Rasulullah
tidak meletakkan pencapaian KPI kemenangan melalui pembongkaran isu dan
kelemahan musuh semata-mata. Malah jika
ditinjau secara mendalam ternyata Rasulullah mempersiapkan ‘manusia’ dan ‘metod’
dahulu dalam menyediakan ketumbukan dalam sesuatu misi.
Rasulullah
memilih siapa peserta misi atau perang. Yang adil, soleh dan bertaqwa serta
memiliki kekuatan jasmani yang baik. Tiada bebanan hutang dan lepas
tanggungjawab keluarga.
Rasulullah
juga berdakwah dengan menacapkan kepercayaan
masyarakat kepada Baginda sehingga Yahudi yang kerap mensabotaj
perjalanan Nabi juga mengakui kerasulan Baginda akhirnya.
Demikian
apa yang mampu penulis ungkapkan apabila mana-mana pihak bertanyakan rahsia
kejayaan Radzi Zainon (DUN Sungai Rapat) menumbangkan angkatan pasukan
pilihanraya yang kuat di pihak UMNO Gopeng.
Sekitar 30
peratus boleh diperkirakan YB Radzi mempersiap diri dan jentera dengan
mengkaji kelemahan dan ketidakupayaan musuh. Malah dalam peratusan ini
sahaja kekuatan
dan kesungguhan diperuntukan untuk membuka korupsi, kebejatan,
kesamsengan dan
penyelewengan UMNO terhadap melayu dan islam di DUN Sungai Rapat.
Di mana
hilangnya peratusan yang lain? Radzi dan angkatannya menggunakan keupayaan 70%
untuk melaksanakan agenda kemanusiaan dan mempersiapkan insan yang berada di
DUN Sungai rapat. Agenda kebajikan dijadikan agenda besar beliau sejak beliau
kalah dalam PRU ke-12 dahulu dan berjalan selama hampir 5 tahun.
Meninjau
rumah mana yang masih bebrumbung bocor, meninjau jalan mana yang belum
berlampu, meneliti geran-geran yang belum dserahkan kepada penduduk setinggan,
mendengar rintihan rakyat hamper setiap hari atas nama Pusat Khidmat Masyarakat
menjadikan nama beliau cukup sinonim dan signifikan dengan rakyat. Jika tiada
petaka undi POS kemenangan beliau adalahterlalu besar berbanding degan rekod
yang pernah UMNO pegang sebelum ini.
Selain berceramah dan memberi penerangan, melakukan
pencerapan mood pengundi dari awal dan menkaji kehendak rakyat adalah
amat pelru diprogramkan dan Radzi berjaya melakukannya bersama jentera
pilihanraya yang siapsiaga sejak awal lagi.
Bekerja
untuk rakyat, membela mustadhafin adalah agenda utama gerakan Islam dalam masa
yang sama menyelitkan ilmu dan kefahaman Islam. Jika pemusatan tenaga hanya
diletakkan kepada pembongkaran semata-mata berkenaan kepincangan musuh, rakyat
tidak akan merasakan sebarang jasa dan keberadaan jamaah atau Parti islam di
sekitar mereka. Maka mereka meletakkan label jamaah hanya ada di surau- hanya
di ceramah-ceramah dan jamaah bukan penyebar huluran tangan ukhuwah dan kasih sayang.
Pada
penulis perenungan dan perencanaan perlu dilakukan dari awal untuk membina
manusia yang bakal memberi undi kepada PAS. Bina manusia melalui agenda
kebajikan bukan suatu retorik yang berlaku secara bermusim kerana nama PAS atau
pihak yang berjasa itu memerlukan masa yang agak panjang untuk terpahat di hati
rakyat. Justeru, istiqamah, bekerja dari awal serta beragenda untuk rakyat
adalah resepi terbaik membina kemenangan dan kejayaan.
Muhammad
Nuruddin Bashah
Unit Penerangan
MTD Sungai Rapat
0 comments:
Post a Comment