Menurut sumber, tiga lagi petisyen akan dibuat oleh PAS
untuk Dun Rungkup, Manong dan Selama petang ini.
Petisyen tersebut difailkan menerusi Tetuan Amin Amirul
& Partners yang diketuai oleh Pengerusi Lajnah Undang- Undang dan Hak Asasi
Manusia PAS Perak, Amunuddin Zulkipli di Mahkamah Tinggi, Ipoh.

Hadir sama ialah pimpinan serta penyokong Pakatan Rakyat
Perak yang hadir untuk memberikan sokongan.
Menurut beliau, pihaknya akan menunggu maklum balas oleh
pihak mahkamah sebelum ditetapkan tarikh pengurusan kes tersebut.
.jpg)
“Perkembangan berikutnya akan dimaklumkan dari masa ke
semasa dan kami berharap seluruh rakyat Malaysia khususnya di Perak agar dapat
mendoakan kejayaan petisyen yang dijalankan ini seterusnya dapat mengangkat
kembali hak rakyat Perak,” katanya lagi.
Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu, calon PAS di
Dun Manjoi Asmuni Awi kalah kepada calon BN Mohamad Ziad Mohamed dengan majoriti
tipis iaitu 132 undi manakala di Pasir Panjang, calon PAS Rohawati Abidin tewas
dengan majoriti 304 undi kepada Rashidi Ibrahim.
Majoriti 53 undi memisahkan antara calon PAS di Lubok
Merbau, Zainudin Mohd Yusof dengan calon BN, Siti Salmah Mat Jusak.
0 comments:
Post a Comment