Thursday, June 20, 2013

Blackout: Kebersamaan rakyat gerunkan BN

Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak,Razman Zakaria berkata, kebersamaan seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dalam himpunan ini ternyata akan menghadirkan kegerunan kepada BN.

Katanya, BN ternyata tidak senang melihat fenomena rakyat melihat kepada himpunan-himpunan diseluruh Negara pasca PRU13 yang menggambarkan keberanian mereka untuk bangkit menyatakan kekecewaan mereka terhadap penipuan dalam proses pilihanraya.

Pengerusi Badan Bertindak Peserta Felcra Kebangsaan (BAPA) itu menjelaskan, rakyat telah membuktikan perkauman yang di api-apikan oleh BN tidak lagi berkesan untuk memecah-belahkan rakyat perlbagai kaum yang bersatu di dalam Pakatan Rakyat.

“Selepas pilihanraya lalu, rakyat berbilang bangsa telah sepakat bersatu hati menolak penipuan proses pilihanraya.
“Himpunan seperti ini membuktikan perkauman yang dimainkan oleh BN sudah tidak relevan dan berkesan untuk memecah belahkan masyarakat.

22 Jun ini adalah kemuncak rakyat Malaysia untuk menyatakan kebersamaan mereka menzahirkan rasa tidak puas hati mereka terhadap apa yang berlaku pada pilihanraya lalu,” katanya lagi.

1 comments:

PR berjaya menanam semangat perpaduan yg tulin dan kental, bukan slogan2 kosong je. Kita kekalkan perpaduan. Tambahkan keahlian melayu dlm dap, buktikan kita nak bina perpaduan bkn cakap2 jer.

Advertise