TELUK INTAN, 19 Jun - Perjuangan Islam adalah berdasarkan ilmu
bukan isu. Oleh kerana itu, walaupun perjuangan tersebut bertemu dengan
kekalahan atau kemenangan ia tidak berhenti malah ia berterusan.
Demikian dinyatakan oleh Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia Ustaz Mohd.
Nasir Zakaria sebagai naqib jemputan dalam majlis Liqa Fikri PAS Kawasan
Teluk Intan bagi bulan Jun. Majlis telah diadakan di Markaz PAS
Kawasan, Kg. Padang Tembak dekat sini. Beliau menyampaikan kertas kerja
yang bertajuk "Qada' dan Qadar dalam Perjuangan Islam".
Perjuangan Islam merupakan satu proses yang panjang dan ia tidak
berhenti sama ada ia dikurniakan kemenangan mahupun kekalahan. Oleh itu,
sama ada menang atau kalah kesemuanya itu merupakan ujian dari Allah
SWT.
Yang di Pertua PAS Kawasan, Ustaz Ismail Che Nik bersama naqib jemputan. |
"Dalam perjuangan Islam ini, ada tiga jenis manusia iaitu orang yang
sabar tetapi tidak berjuang, orang yang berjuang tetapi tidak berjuang
dan orang yang tidak ada kedua-duanya," tambah bekas Ahli Parlimen
Padang Terap itu lagi.
Menurut beliau lagi, dalam konteks qada' dan qadar sebagai rukun iman yang keenam, ia boleh dikaitkan denga perjuangan Islam.
Pertama, qada' dan qadar dapat membina keyakinan pejuang dengan
keyakinan bahawa hanya Allah sahaja yang memberi kemenangan atau
kekalahan.
Kedua, qada' dan qadar dapat menggerakkan gerak kerja yang maksimum dan terbaik dalam jamaah Islam.
Ketiga, ia juga dapat membunuh sifat pengecut para pejuang dengan
keyakinan bahawa segala manfaat dan mudarat hanya datang dari Allah.
Keempat, qada' dan qadar dapat menjadikan pejuang istiqamah dalam
perjuangan dengan melakukan kerja minimum tetapi berterusan dan
berkesan.
Akhir sekali, qada' dan qadar juga mampu membina keikhlasan dan tawadhu' dalam diri pejuang.
Sebahagian ahli yang hadir. |
Liqa bulan ini merupakan liqa yang pertama diadakan pasca PRU13 dan ia
telah menarik kehadiran yang begitu ramai ahli dan penyokong ke markaz
kawasan. Ia turut dihadiri pimpinan PAS kawasan dan cawangan di seluruh
Teluk Intan.
intanhijau.blogspot.com
0 comments:
Post a Comment