30 Mei 2013- Pengkalan Pegoh
Dalam siri kempen YB Radzi Zainon sebelum ini, beliau kerap menekankan
kesan dan akibat pembangunan tidak lestari di sekitar Pengkala Pegoh
terhadap peniaga melayu dan bumiputera.
Kesan ini bukan sekadar kesan jangka pendek yang mampu diselesaikan
melalui tawaran kepada peniaga kecil membuka kiosk atau menumpang di
sekitar Hypermarket yang ada, ia juga memberi kesan jangka panjang yang
bakal menghambat terus kaum melayu yang bergelar peniaga sederhana dan
kecil keluar daripada kawasan bisnes PengkalanPegoh.
Selain hypermarket, pusat hiburan yang dibuka berleluasan di sini juga merosakkan sosial masyarakat khususnya umat Islam.
" Kesan hypermarket dan kesan perniagaan monopoli cukup kuat dan ia
telah terbukti membenamkan ribuan peniaga bumiputera seluruh negara.
Malah isu ini bukan isu baru malah ia hangat diperkata oleh gerakan
kepenggunaan dan hakpeniaga kecil seluruh dunia", jelas Radzi berkenaan
isu ini.
Kini YB Radzi yang berjaya menyingkirkan penyandang ADUN Sungai Rapat
UMNO masih belum berjaya mengubah landskap bisnes yang telah direstui
oleh kerajaan BN sebelum ini kerana dua faktor, pertama ia telah berlaku
dan kedua PAS ditakdirkan masih menjadipembangkang di negeri Perak.
Dengan hanya memiliki kerusi DUN tanpa kuada Exco dan sebagainya adalah
sukar untuk YB Radzi memulihkan kerosakan yang ada.
Apa yang mampu dilakukan oleh ADUN baru ini adalah mendidik masyarakat
terutama peniaga melayu dan bumiputera Islam, betapa ancaman ekonomi
tidak mapan sebegini, ancaman globalisasi dan campurtangan Amerika dalam
penentuan corak atur perniagaan di negara ini adalah petaka besar yang
bakal menghakis sisa 'hak' peribumi yang sebenarnya dibiarkan 'karat'
oleh pemerintah BN saban tahun.
Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Penerangan MTD Sg Rapat
0 comments:
Post a Comment