Friday, May 31, 2013

Kemeriahan meraikan kemenangan PAS di Parit Buntar


Selepas hari mengundi 5 Mei lalu sehingga hari ini, Parit Buntar masih meriah dengan majlis kesyukuran kemenangan PAS yang diadakan hampir setiap minggu oleh Unit Peti Undi (UPU) PAS di cawangan-cawangan.

Ahli Parlimen Parit Buntar Dato’ Dr Mujahid Yusuf Rawa dan Adun Titi Serong Ust. Abu Bakar Husin adalah paling sibuk kerana menjadi tetamu jemputan istimewa ke majlis – majlis ini.

Ketua Penerangan PAS Parit Buntar Fakhrurrazi Haji Khalid berkata, Kedua-dua wakil rakyat berkenaan telah menceriakan majlis dengan  ucapan motivasi kepada petugas dan orang ramai  yang hadir pada majlis berkenaan.

“ Mereka sentiasa mengingatkan petugas supaya sentiasa bersyukur di atas kemenangan PAS dalam pilihan raya yang baru lalu.

“ Kelihatan semuanya sangat ceria dan teras berbaloi di atas kerja keras dan pengorbanan selama bertugas secara sukarela hingga mengorbankan masa tidur kerana berjaga hampir hingga kepagi setiap malam sejak perisytiharan pembubaran parlimen tempohari” katanya.

Menurut Fakhrurrazi , pada 23 Mei lalu, petugas-petugas pilihanraya Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Parit Buntar turut mengadakan majlis meraikan kemenangan PAS di Parit Buntar

“ Orang-orang Cina dan India juga turut menjadi petugas PAS dalam pilihanraya yang lalu, malah mereka turut berusaha keras berkempen memastikan orang Cina dan India mengundi PAS.

“ Walaupun Pakatan Rakyat gagal membentuk kerajaan di Perak, kemenangan PAS di Parit Buntar memberi kegembiraan kepada penyokong Pakatan Rakyat di Parit Buntar” katanya
Beliau berharap kedua-dua wakil rakyat PAS di Parit Buntar akan berkhidmat lebih baik untuk rakyat semua.

“ Kemenangan yang telah diberikan ini adalah satu amanah yang sangat berat untuk dilaksanakan.

“ Mudah-mudahan Allah memberi petunjuk dan kekuatan kepada mereka melaksanakan amanah ini” katanya

 Sekitar Majlis Kesyukuran Kemenangan PAS di Parit Buntar
 

0 comments:

Advertise