Friday, May 17, 2013

Undi meningkat meskipun tewas di Changkat Jong



TELUK INTAN, 12 Mei : Musim kenduri meraikan para petugas sudah menjadi agenda wajib selepas pilihan raya walaupun tidak diberikan kemenangan mempertahankan DUN Changkat Jong.
 
Baru-baru ini, PAS Cawangan Kg. Sungai Samak telah mengadakan majlis tersebut bertempat di kediaman ketua cawangannya, Hj. Saifudin Abdul Hamid dekat sini.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh para petugas dari Ladang Sungai Samak dan Ulu Bernam di mana kebanyakannya petugas India.
 
Tetamu istimewa ialah bekas calon N56 Changkat Jong, Hj. Mohd. Anuar Sudin yang juga merupakan mantan bagi ADUN bagi kawasan itu.
Sebahagian petugas kaum India yang hadir.


Di dalam ucapan, Anuar Sudin mengucapkan terima kasih kepada semua petugas terutamanya di kawasan pesisiran yang banyak membantu menggerakkan jentera pilihan raya di sepanjang musim kempen yang lepas.
Hj. Anuar Sudin menyampaikan ucapan terima kasih.

"Biarlah kita kalah tetapi di dalam kekalahan bermaruah. Apa yang penting kekalahan kita ini dalam kekalahan yang Allah redha. Sebaliknya, amatlah malang jika kemenangan itu adalah kemenangan yang tidak bermaruah, penuh dengan penipuan dan rasuah. Sudah pastinya kemenangan sebegini adalah kemenangan yang tidak diredhai oleh Allah SWT," tambah beliau.
Seorang wakil pemuda menyerahkan borang keahlian PAS.

Bergambar dengan para petugas Kg. Sungai Samak.
Walaupun UPU Kg. Sungai Samak mengalami kekalahan, namun ia terubat juga apabila 20 orang anak muda di kampung tersebut menyerahkan borang keahlian PAS kepada Hj. Mohd. Anuar Sudin. Semoga momentum tersebut berlanjutan dengan anak-anak muda bersama-sama PAS. Pada masa yang sama juga, kaum India di pesisiran juga turut berhasrat menyertai Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

Majlis telah dimulai dengan bacan tahlil dan doa selamat dan para petugas menikmati jamuan yang disediakan.

intanhijau.blogspot.com

1 comments:

That is really fascinating, You're an excessively professional blogger. I've joined your
rss feed and look forward to in quest of extra of your magnificent post.
Additionally, I've shared your website in my social networks

Also visit my web-site - Air Jordan Pas Cher

Advertise