
Majlis anjuran PAS Kawasan Bukit
Gantang yang diadakan pada 19 Mei lalu itu bertujuan untuk meraikan jentera dan
penyokong serta rakyat yang telah bertungkus lumus membantu gerak kerja di
semua peringkat untuk memenangkan calon PAS dan Pakatan Rakyat.
Ribuan rakyat daripada pelbagai
kaum dan lapisan telah hadir ke majlis yang berlangsung di Pekan Simpang Empat,
Taiping bagi meraikan kejayaan bersama-sama wakil rakyat yang dipilih.

Ahli Parlimen Bukit Gantang,
Ustaz Idris Ahmad dan Adun Changkat Jering, Dato’ Seri Ir Nizar Jamaluddin serta
Chua Yee Ling turut hadir memeriahkan majlis tersebut.

Kehadiran wakil rakyat itu
disambut meriah dengan tarian singa oleh kaum Tionghua serta pukulan kompang.

Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit
Gantang, Ustaz Nordin Jaafar ketika ditemui berkata, beliau berasa gembira
dengan kehadiran rakyat di majlis tersebut.
Katanya, majlis tersebut telah
menggambarkan PAS telah diterima masyarakat termasuk bukan Islam yang memberi
sokongan padu pada pilihanraya yang lalu.
“Terima kasih kepada seluruh rakyat Bukit
Gantang yang memberikan kepercayaan kepada kami (Pakatan Rakyat) untuk menjalankan
tanggungjawab sebagai wakil rakyat,” jelasnya lagi.
0 comments:
Post a Comment