IPOH: Kami sudah bersedia jadi khadam rakyat,” demikian
tegas Pesuruhjaya PAS dalam sidang media di Pejabat PAS Perak dekat sini, hari
ini.
Menurutnya, Pakatan Rakyat inginkan kuasa pemerintahan
adalah untuk memberi kesenangan dan kesejahteraan kepada rakyat.
Jelasnya, pimpinan Pakatan Rakyat tidak mempunyai
kepentingan peribadi seperti pimpinan BN khususnya Umno yang mengambil
kesempatan dengan kuasa yang diberikan oleh rakyat untuk mengkayakan kroni dan
anak-beranak.
Ustaz Abu Bakar menjelaskan, Pakatan Rakyat komited untuk
merealisasikan janji yang ditawarkan kepada rakyat.
“Kami optimis akan dapat laksanakan semua janji kami dalam
manifesto peringkat negeri Perak termasuklah tawaran di peringkat persekutuan
jika diberikan mandat,” katanya lagi.
Calon PAS Dun Titi Serong itu berkata, PAS yakin rakyat akan
mengembalikan mandat yang dirampas dengan kejam oleh BN pada 2009 lalu selepas
hanya sempat memerintah selama 11 bulan sahaja.
Tegasnya, Pakatan Rakyat akan membuktikan kepada rakyat
negeri Perak bahawa gabungan tiga parti itu lebih berintegriti berbanding BN.
“Kami tekad merealisasikan tema
TAKWA iaitu telus, amanah, kebajikan, wawasan, dan adil yang disepakati semua
parti gabungan iaitu PAS, PKR dan DAP selaras dengan keperluan negeri ini yang
jauh tertinggal walaupun Perak sebuah negeri yang kaya dengan sumber dan hasil.
“Walaupun pada dulu kita
sempat memerintah 11 bulan, tapi banyak yang telah kami berikan kepada rakyat
dan kami yakin rakyat dapat menilai semua itu,” jelasnya lagi.
Jelasnya, pilihanraya
kali ini telah membentuk sejarah baru apabila ketika-tiga parti iatu PAS, DAP
dan PKR melalui Pakatan Rakyat berhadapan dengan BN dalam pilihanraya ini.
Pakatan Rakyat katanya dalam keadaan sangat bersedia dan mantap
dalam satu gabungan yang bertujuan untuk memberikan kesejahteraan kepada rakyat
dan menjatuhkan kerajaan yang zalim dan tidak adil.
“Kami mahu merealisasikan kehendak rakyat yang mahukan
perubahan dan sudah pasti setiap undi daripada rakyat sungguh bermakna.
“Juteru kami menyeru agar dapat mengajak sama ada anak, ibu
bapa, keluarga ,saudara mara dan sebagainya yang berada di perantauan agar
dapat balik mengundi Pakatan Rakyat,” tegasnya lagi.
0 comments:
Post a Comment