BATU GAJAH: Satu lagi laporan polis telah di buat terhadap calon BN Dun Sg Rapat, Datuk Hamidah Osman.
Sebelum ini, satu laporan polis telah dibuat terhadap beliau kerana menyerang Dr Lee Boon Chye, calon PKR Parlimen Gopeng.
Kejadian kali ini berlaku awal pagi tadi di Kampung Tersusun Tasek Permai, Batu Gajah sewaktu petugas-petugas PAS sedang memasang billboard calon mereka.
Menurut mereka, Hamidah bersama-sama adiknya, Hamizura Osman serta penyokong-penyokong Barisan Nasional telah mengeluarkan caci maki dan kata-kata kesat terhadap mereka. Dua batang pencebak yang digunakan untuk kerja-kerja memasang billboard juga telah dirampas oleh Hamidah.
Petugas-petugas PAS Batu Gajah itu terus beredar dari tempat kejadian untuk menjaga keselamatan diri mereka. Laporan polis di buat di Balai Polis Batu Gajah sejurus kemudian.
Kempen pilihanraya di dalam Dun Sg Rapat semakin tegang kini gara-gara tindakan provokasi daripada bukan sahaja penyokong-penyokong Barisan Nasional tetapi juga calon mereka sendiri.
Amalan yang tidak sihat dan berlawanan dengan dasar demokrasi yang dijunjung di negara ini amatlah mendukacitakan serta memberikan gambaran yang buruk mengenai suasana keselamatan dalam negara.
Diharapkan agar pihak polis dapat menjalankan siasatan dengan tepat dan adil demi kesejahteraan semua.
Perkara seumpama ini juga diharapkan tidak akan berulang kembali.
1 comments:
Dah lama sedap.. Nak lepas memang payah. Aku teringat cerita drama Jutawan Segera, M.Rajoli yang sangat kedekut dlm cerita tu tidur dengan tabung ayam dipegang. Bila agak nak tejatuh dan dan melilau peluk tabung. Harap kita jangan jadi mcm tu.
Post a Comment