IPOH:Tiga peserta ‘flashmob’ Pakatan Rakyat parah dan
puluhan yang lainnya cedera apabila diserang oleh penyokong BN ketika membuat
aktiviti itu.
Kejadian berlaku di Station 18, Pengkalan Pegoh, Ipoh petang
tadi apabila kira-kira 200 penyokong BN berkonvoi dan bertembung dengan
penyokong Pakatan Rakyat.
Suasana menjadi kecoh apabila ada dari kalangan penyokong BN
membuat provokasi sehingga berlaku ketegangan sebelum mereka melakukan tindakan
ala samseng dengan memukul dengan senjata seperti kayu, batu bata dan topi
keledar.
Insiden tersebut menjadi kecoh kerana ianya berlaku
ditengah-tengah simpang empat jalan besar.
Seorang mangsa, Muhammad Rahmat, 28, berkata, program
flashmob pada mulanya berlangsung dengan aman namun setelah kehadiran penyokong
BN menyebabkan keadaan menjadi huru hara.
Jelas beliau, ada dikalangan penyokong BN yang berkonvoi
bersama-sama calonnya Dato’ Hamidah Osman telah melakukan provokasi terhadap
peserta flashmob.
“Mereka berpakaian logo BN dan I Love PM seolah-olah sengaja
inginkan kejadian itu berlaku apabila bertembung dengan kami dan mereka telah
memukul peserta termasuk saya dengan kayu, batu dan topi keledar.
“Saya dihentak dengan topi keledar namun saya tidak membalas
tindakan itu dan ditenangkan oleh rakan-rakan,” katanya ditemui Harakah di
tempat kejadian.
Jelasnya lagi, penyokong BN turut menyerang secara rambang kepada peserta
flashmob terutama yang merakam insiden itu.
Para peserta konvoi selepas itu berjaya ditenangkan dan bersurai secara aman.
Ke semua mangsa tersebut telah dibawa ke Hospital Besar Ipoh untuk rawatan lanjut.
2 comments:
Ya Allah...Kau laknatkanlah betina tidak berhati perut itu!!!
Ingat BN.... Ingat samseng.... Ingat BN...Ingat rasuah.....mmg x bleh dipisahkn. Tolak budaya samseng, rasuah dsbnya....Ini kalilah ubah...selamatkn m'sia...undilah pakatan rakyat
Post a Comment