Tuesday, April 16, 2013

PAS dedah manifesto BN Perak


IPOH: Walaupun belum dilancarkan, PAS telah pun menerima Manifesto BN Perak yang menyenaraikan 11 janji utama.

Perkara tersebut didedahkan oleh Ketua Penerangan PAS Perak, Dr Ahmad Nuri Al-Amin dalam sidang media di Pejabat PAS Perak, dekat sini semalam.

Namun beliau berkata, perjanjian yang disenaraikan itu dianggap ‘basi’ kerana ianya adalah janji lama yang gagal dilaksanakan sehingga sekarang.

“Ada beberapa janji tersebut tidak layak disenaraikan dalam manifesto pilihanraya kali ini kerana ianya adalah janji lama yang belum ditepati,” jelasnya.

Beliau menjelaskan, antara janji lama yang disenaraikan ialah pembinaan jalan kereta api dari Batu Gajah-Lumut.

Nuri berkata, janji tersebut sepatutnya sudah lama direalisasikan kerana BN telah berkuasa mentadbir negeri itu selepas rampasa kuasa.

Janji tersebut katanya sudah lama dijanjikan namun sehingga hari ini tiada sebarang pembinaan dimulakan.

0 comments:

Advertise