IPOH: Markas Operasi PRU13 PAS Cawangan Felda Nasaruddin
Belia dibakar dipercayai dilakukan oleh pihak-pihak yang tertentu.
Ketua Cawangannya, Yusof Mat berkata, kejadian tersebut
berlaku kira-kira awal 5 pagi semalam dan perkara tersebut disedari oleh
penyokong PAS ketika melalui markas tersebut ketika dalam perjalanan ke masjid.
Beliau berkata, kejadian tersebut menyebabkan kebarakan
teruk harta benda termasuklah khebah markas operasi pilihanraya itu.
“Saya segera ke tempat kejadian setelah mendapat maklumat
dan saya sempat memadamkan kebakaran daripada terus merebak,” katanya.
Mengulas lanjut, beliau tidak menjangkakan kejadian itu
berlaku kerana pihak PAS sentiasa berhubungan baik dengan semua pihak termasuk
Umno-BN.
Insiden tersebut katanya pertama kali berlaku dan ianya dianggap
tidak patut berlaku di Negara ini yang mengamalkan sistem demokrasi.
“Kami mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan tidak
bertanggungjawab ini dan berharap perkara ini tidak berlaku lagi,” jelasnya lagi.
Akibat kejadian itu, pihaknya telah membuat laporan polis
dan berharap pihak keselamatan dapat menjalankan siasatan dengan segera.
Beliau juga berharap pihak polis dapat membuat rondaan
sekerap mungkin dalam musim pilihanraya ini agar insiden tersebut tidak
berulang lagi.
0 comments:
Post a Comment