Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar berkata, wakil rakyat menanggung amanah besar yang diberikan oleh Allah.
Wakil-wakil rakyat juga diingatkan agar berkhidmat dengan baik kepada rakyat dengan berusaha sedaya upaya untuk melaksanakan setiap apa yang dijanjikan secara penuh telus dan beramanah serta mandat yang diberikan oleh rakyat seharusnya tidak khianati.
Dalam pada itu, beliau berkata, PAS lahir membawa perjuangan Islam berdasarkan Al-Quran serta hadis dan ianya telah menjadi sinonim kepada rakyat Malaysia.
Kata beliau lagi, dasar Islam yang diperjuangkan PAS tidak pernah bertukar dan ianya kekal walaupun bersama Pakatan Rakyat.
Yang penting bagi kami (PAS) ialah prinsip Al-Quran itu akan dapat dijelmakan dan dirasai bersama oleh rakyat dengan keadilan untuk semua yang hidup di muka bumi ini,” jelas calon PAS di Dun Titi Serong itu.
0 comments:
Post a Comment