IPOH: Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Dato’ Seri Ir Nizar
Jamaluddin menyeru seluruh rakyat Malaysia menjadikan mengundi sebagai satu
ibadah yang besar dalam PRU13 nanti.
Menurutnya, jika sebelum ini masyarakat pergi keluar
mengundi tidak berniat untuk melakukan ibadat, ianya menjadi sia-sia.
Katanya, memilih pemimpin adalah satu amanah yang besar dan
ianya tidak boleh dipandang mudah oleh masyarakat.
“Jadikan pilihanraya kali ini, pilihanraya yang kita
mendapat pahala untuk memangkah calon amanah dan adil daripada Pakatan Rakyat.
“Dengan bacaan Bismillah saudara dan saudari pangkah PAS
dan Pakatan Rakyat semata-mata dengan niat untuk menghancurkan kezaliman dan
meletakkan kebenaran,” katanya selepas diumumkan sebagai calon PAS di Dun
Changkat Jering dalam satu majlis di Kg Permatang, Pasir Panjang, semalam.
Mantan
Menteri Besar Perak itu berkata, di pagi hari pengundian, semua rakyat
di ajak menunaikan solat istiqarah agar dapat petunjuk calon manakah
menjadi pilihan untuk diangkat menjadi pemimpin.
Jelasnya, rakyat perlu bertanggungjawab dihadapan Allah nanti sekiranya pemimpin
yang tidak amanah dan melakukan kezaliman diberi kuasa untuk memerintaah.
0 comments:
Post a Comment