Wednesday, April 10, 2013

Terima Kasih Rakyat Pasir Panjang- Nizar


Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin mengucapkan jutaan terima kasih kepada masyarakat di Dun Pasir Panjang yang memberi kepercayaan kepada beliau untuk memikul tanggungjawab sebagai wakil rakyat selama 5 tahun sebelum ini.

Katanya, beliau gembira kerana masyarakat di situ telah berani membuat perubahan pada PRU12 lalu dengan memberi kemenangan kepada PAS yang sebelum ini Dun tersebut menjadi kubu kuat MIC.

“Saya selama 5 tahun bersama saudara ingin merakamkan jutaan terima kasih kerana memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat.

“Mohon kemaafan sekiranya saya ada melakukan kesilapan dan kekurangan sepanjang berkhidmat di kawasan ini.

“Tempat ini lama dibawah MIC tetapi Alhmdulillah dengan keberanian, saudara boleh membuat perubahan dan memberi amanah kepada PAS,” jelas Mohammad Nizar.

Mohammad Nizar menyeru agar meneruskan sokongan kepada calon PAS, Rohawati Abidin dalam PRU13 ini.

0 comments:

Advertise