Wednesday, April 10, 2013

Penganjur Explorace Cabut Lari: Kerajaan Negeri Lepas Tangan


oleh Deth Mustaine

9 April 2013 - Pemenang acara Explorace 2012 yang diadakan di Perak tahun lalu, Ahmad Tamizi, 31, membuat sidang media hari ini mengadu hadiah wang tunai sebanyak USD30,000 yang dijanjikan masih belum diterima.

Acara yang turut menyaksikan tempat ke-2 dan ke-3 masing-masing dimenangi oleh peserta dari Yemen dan Korea Selatan turut memberikan imej yang buruk kepada idustri pelancungan negara memandangkan tahun 2012 ialah Tahun Melawat Perak.

Kejohanan Explorace 2012 itu turut mendapat sokongan dari Kerajaan Negeri Perak dan Perak Tourism yang mana majlis penyampaian 'mock check' disampaikan oleh Menteri Besar Dato Zambry Abd Kadir dengan disaksikan oleh Exco Pelancungan Dato Hamidah Osman.



Menurut sumber yang diberitahu, penganjur pertandingan adalah sebuah agensi swasta yang dilantik oleh Kerajaan Negeri untuk mengendalikan acara ini. Pemenang acara ini telah cuba menghubungi pelbagai pihak yang berkenaan termasuk menghubungi Exco Pelancungan,

Dato Hamidah Osman yang berjanji cuba menyelesaikan masalah ini tapi akhirnya jawapan yang diperolehi amat mengecewakan. Amat malang sekali Dato Hamidah sendiri menyatakan bahawa itu bukan tanggungjawabnya dan Perak Tourism tiada kaitan dalam hal ini. 

Tamizi sudahpun membuat satu laporan polis menuntut supaya pihak yang bertanggungjawab menunaikan janji mereka membayar semua hadiah seperti yang dijanjikan.

Bukan mereka saja yang merasa tertipu malah ia turut melibatkan peserta dari luar negara iaitu Yemen dan Korea Selatan.

0 comments:

Advertise