IPOH: Calon-calon Pakatan Rakyat (PR) yang akan bertanding di Perak
telah berikrar dan berjanji untuk tidak bertindak melompat parti sama ada
secara rela atau paksa.
Pengerusi Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin berkata
calon-calon yang diketengahkan pada kali ini bukan sahaja calon boleh menang
tetapi juga calon yang telah mengangkat sumpah untuk setia terhadap parti.
"Pakatan Rakyat telah membariskan calon-calon boleh menang. Kita telah
mengangkat sumpah dan berikrar di hadapan rakyat bahawa calon-calon kami tidak
akan melompat lagi sebagaimana berlaku pada 2008. Itu janji kami.
"Tidak akan ada lagi calon lompat parti daripada calon-calon yang telah
diperkenalkan," katanya kepada pemberita selepas Parti Keadilan Rakyat
(PKR), PAS dan DAP selesai memperkenalkan calon-calonnya yang akan bertanding
di Perak, dekat sini, malam Khamis.
Pada majlis tersebut semua calon telah berikrar di hadapan rakyat, antara
lain untuk berkempen secara sihat dan demokratik selain berjanji tidak
meninggalkan parti.
Menurut Nizar setiap parti mempunyai kaedah-kaedah aku janji tersendiri yang
mana jika terdapat calon yang melompat parti, mereka akan dikenakan tindakan.
Katanya, calon-calon PR juga telah berikrar bahawa jika mereka melompat
parti, mereka akan dilaknat oleh rakyat.
"Saya difahamkan dalam PAS kita ada aku janji. Kita telah berikrar jika
mereka melompat sama ada rela atau paksa dia akan dilaknat oleh rakyat.
"Kalau dalam DAP dan Keadilan dia kena bayar RM5 juta bon,"
katanya.
Ditanya mengenai peluang PR untuk menang di Perak, beliau berkata: Kita akan
berjaya memberikan kemenangan kepada 38 kerusi DUN. Parlimen...kurang-kurang
pun 18.
PKR mengumumkan akan bertanding di 19 DUN dan sembilan Parlimen, PAS di 22
DUN dan tujuh Parlimen, manakala DAP di 18 DUN dan tujuh Parlimen.
Sementara itu Pengerusi PKR Perak Dr Mohd Noor Manuty ketika mengumumkan
calon PKR berkata, setiap calon telah diteliti dengan begitu lama.
Beliau menambah, selain pucuk pimpinan parti bersetuju meletakkan bon, Ketua
Umum PR Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan watikah kepada calon-calon
Parlimen dan negeri telah meletakkan syarat-syarat yang berintegriti.
"Insyaallah tidak akan ada 'katak-katak' pada kali ini," katanya.
Kerajaan PR rakyat tumbang selepas 11 bulan mentadbir Perak walaupun menang
PRU-12 apabila tiga ahlinya keluar parti dan menjadi ADUN Bebas.
OPR NAIK, RAKYAT TERBEBAN
1 year ago
0 comments:
Post a Comment