IPOH– DAP Perak mengumumkan akan bertanding di 18 kerusi Dewan
Undangan Negeri (DUN) dan 7 kerusi Parlimen pada Pilihanraya Umum ke
13 (PRU13).
Ia juga menyaksikan tujuh bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan tiga bekas ahli Parlimen disenaraikan semula sebagai calon pada PRU13, 5 Mei ini.
Antaranya Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming yang dicalonkan di kerusi N29 Kepayang dan juga kerusi Parlimem P60 Taiping.
Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham juga turut kekal di DUN Setiawan dan Parlimen Beruas.
Mereka yang kekal di DUN masing-masing adalah bekas Adun Tebing Barat Ong Boon Piow, bekas Adun Keranji Chen Fook Chye, N. Sivasubramaniam di Buntong, dan Lim Pek Har bagi DUN N32 Menglembu yang mempertahan kerusi masing-masing.
Begitu juga M. Kulasekaran yang kekal di Parlimen Ipoh Barat.
Bagaimanapun bekas Speaker DUN Perak, V. Sivakumar penyandang DUN Tronoh beralih ke Parlimen Batu Gajah.
Begitu juga bekas ADUN Pasir Berdamar, Seah Leong Peng yang ditukarkan ke kerusi Parlimen Teluk Intan dan bakal berentap dengan calon BN, Datuk Mah Siew Keong.
Antara muka baru yang disenaraikan adalah seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) bidang perundangan, Wang Kah Woh yang akan menentang calon BN yang juga muka baru, Ceylyn Tay Wei Lung untuk perebutan kerusi DUN Canning.
Manakala seorang peguam yang juga calon muka baru, Su Keong Siong akan menggantikan Penasihat DAP, Lim Kit Siang di kerusi Parlimen Ipoh Timur .
Beliau berdepan juga calon muka baru BN, Kathleen Wong Mei Yin.
DAP turut meletakkan calon di kerusi DUN Bercham, Pasir Berdaar, Sungkai, Tronoh, Jalong Aulong, Pantai Remis, Pasir Panji dan Pokok Assam.

0 comments:
Post a Comment